Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP Sambung Belajar Ke Timur Tengah

Permohonan Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (MESIR) pengambilan baru.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama di universiti-universiti di Mesir.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

READ: Permohonan Online Sambung Belajar Ke Timur Tengah

Permohonan biasiswa MAIWP untuk sambung belajar ke Timur Tengah

Syarat UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dan masih di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun.
  3. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  4. Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan / keputusan peperiksaan CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).
  2. Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi
    Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A- dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik & Kimia).

Calon yang tidak layak memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awan atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin

Cara Memohon Biasiswa Mesir MAIWP

  1. Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik IP
  2. Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  3. Muat turun Borang Bantuan Zakat wilayah Tawaran Biasiswa Mesir

Selamat memohon, semoga berjaya!