Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Untuk Pelajar Sabah

Bagi pelajar Sabah dan Labuan di luar sana sangat beruntung. Jika anda warganegara Malaysia dari Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan atau ibu bapa yang lahir di Sabah / Labuan, anda di jemput untuk membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Bagi tahun ini.

Submit permohonan anda sebelum tarikh tutup, seperti mana yang diumumkan di website rasmi BKNS.

READ: Biasiswa Yayasan Sabah (YS)

Syarat permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah

Syarat Kelayakan Memohon

Had Umur

  1. Bagi Kursus Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
  2. Bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

Kelulusan Akademik

  1. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar
  2. Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
  3. Berkelulusan Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00
  4. Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  5. Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

Cara Memohon Biasiswa Negeri Sabah

  1. Permohonan ONLINE di BORANG PERMOHONAN BIASISWA SABAH
  2. Setiap pemohon mestilah menpunyai E-Mail peribadi masing-masing.

Kepada yang memohon biasiswa ini, semoga berjaya!