Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) kuasai Cosmopoint College

KUALA LUMPUR 2 April – Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) berjaya memiliki pegangan ekuiti sebanyak 90 peratus dalam Cosmopoint Sdn. Bhd. (Kumpulan Cosmopoint) dengan pelaburan sebanyak RM246 juta.

Kumpulan Cosmopoint adalah kumpulan pendidikan swasta menerusi dua institusi miliknya iaitu KL Metropolitan University College (KLMUC) dan Cosmopoint College yang mempunyai lebih daripada 11,000 pelajar merentasi tujuh fakulti pengajian.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pelaburan dalam KLMUC dan CICT akan memperluaskan portfolio pendidikan Ekuinas kepada lima institusi pendidikan dengan bilangan pelajar melebihi 20,000 orang dan meraih pendapatan melebihi RM200 juta.

Sumber: Utusan Malaysia