Program Pensiswazahan Guru (PPG 2012)

Ramai antara guru-guru kita di seluruh negara yang masih di peringkat STPM/Diploma terutama di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kementerian pendidikan kini merasakan bahawa semua guru-guru sekolah di seluruh Malaysia haruslah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah.

Program Pensiswazahan Guru (PPG 2012) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru berkenaan meningkatkat kelayakan tanpa perlu berhenti kerja atau bercuti panjang.

Ini tentu sekali adalah satu yang harus disambut baik oleh para guru-guru terbabit dan dilaksanakan secara menyeluruh oleh kerajaan.

Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia, anda semua dipelawa untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG 2012) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Keterangan Program Pensiswazahan Guru
Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PTG)
Tempoh Pengajian : Empat (4) Tahun
Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Semoga berjaya kepada warga pendidik yang menyambut dan mengikuti peluang ini.