Frasa `sangat terkenal sekali’

Siri belajar Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu yang betul adalah penting kerana bahasa ini ialah Bahasa Kebangsaan kita.

Soalan:
Assalamulaikum, Cikgu Ghalib
Saya dari SMKSP. Saya ingin bertanya tentang soalan percubaan pmr 2012, soalan no.18 iaitu : Pelakon filem yang sangat terkenal sekali di negara kita telah terpilih untuk mewakili negara ke pesta filem peringkat antarabangsa.Betul ke ayat ini?
Terima kasih.

Daripada:
M.Ahmad

Jawaban:
Wsalam. Ayat tersebut betul kerana perkataan `terkenal’ bermaksud masyhur. Oleh itu, frasa tersebut samalah dengan frasa `sangat masyhur sekali’. Semua pengguna perlu memahami bahawa awalan ter- pada perkataan `terkenal’ tidak bermaksud paling. Hal ini berbeza dengan frasa `paling tercantik’. Awalan ter- pada perkataan `tercantik’ bermaksud paling. Oleh itu, frasa `paling tercantik’ salah.

Pendidikanmalaysia.com – Semoga penerangan dari Cikgu Ghalib kali ini sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan Bahasa Melayu anda.