Borang Permohonan SPA8i Online Perkhidmatan Awam Lepasan SPM

Kepada calong yang baru mendapat keputusan SPM anda dan berminat untuk memohon  memasuki perkhidmatan awam untuk lepasan SPM anda boleh berbuat demikian menggunakan Borang SPA8i online.

Dengan itu, anda dapat menyambung pelajaran anda dalam bidang diploma atau sijil dibawah pembiayaan SPA.

Bagaimana memohon

Berikut ialah cara-cara untuk memohon menggunakan Permohonan SPA8i.

Untuk mendapatkan borang SPA8 secara online, sila KLIK DISINI

a. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i

b. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.

c. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.

d. Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.

e. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal.

Jika anda berminat untuk mencari dan memohon kerja kerajaan layari senarai kerja kosong kerajaan terkini untuk semakan listing jawatan kerajaan terkini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my