Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Borang dan semakan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan. Anda berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan sudah berkeluarga. Pernahkah anda terfikir untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk membeli atau membina rumah sendiri?

Sudah tentu kita semua menginginkan ada rumah sendiri. Tetapi bagaimanakah caranya?

Berita baiknya ialah kerajaan ada menyediakan peluang kepada kakitangan kerajaan untuk memohon pinjaman perumahan untuk membina atau membeli rumah sendiri bergantung kepada kelayakan dan kelulusan.
Public servants housing loans department
Download Borang Pinjaman Perumahan Kerajaan

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, perkara pertama yang anda perlu buat ialah menghantar permohonan anda. Anda kini boleh menghantar permohonan secara online berbanding sebelum ini yang anda terpaksa download dan mengisi borang secara manual.

Sebuah portal telah disediakan khas untuk tujuan ini di laman portal rasmi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)
sistem permohonan online pinjaman perumahan kerajaan
Klik Gerbang Rasmi Pinjaman Perumahan Kerajaan

Jika anda menghadapi kesukaran anda boleh berhubung terus dengan mereka di talian Hotline 03-8880 1600

Anda juga boleh download borang permohonan di link di bawah:-

Klik Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

Atau anda boleh berhubung terus dengan pihak mereka di:-

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA,
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 W.P. Putrajaya.
Tel : 03 – 8880 2000 / 2200 / 2400 / 2600 | Faks : 03 – 8880 2788
Laman web : http://bpp.treasury.gov.my
E-mel : pinjamrumah@treasury.gov.my

Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebelum memohon adalah baik jika anda membuat sedikit kajian dan membuat semakan kelayakan jumlah yang anda boleh pinjam.

Secara ringkasnya anda boleh terus membuat semakan kelayakan berdasarkan jadual kelayakan dalam gambar di bawah:-
kalkulator pinjaman perumahan kerajaan
Selepas membuat semakan kelayakan anda sudah ada sedikit maklumat mengenai perkara-perkara di bawah:-

a. Kemampuan berasaskan pendapatan semasa
b. Jumlah pinjaman yang hendak dipohon

Pinjaman Perumahan Kerajaan Kali Pertama

Biasanya kebanyakan kakitangan awam hanya layak membuat pinjaman sekali sepanjang perkhidmatan mereka atas sebab kekangan jumlah pendapatan bulanan.

Membayar balik sebuah rumah tentu memakan kos yang tinggi dan masa yang lama. Di sebabkan faktor itulah kebanyakan hanya boleh mambuat pinjaman perumahan sekali sepanjang perkhidmatan untuk membeli rumah pertama mereka.

Pihak pemberi pinjam juga akan berhati-hati dan akan menilai dengan teliti keperluan dan kemampuan membayar kepada pemohon-pemohon pinjaman perumahan untuk kali kedua.

Pinjaman Perumahan Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Soalan yang sering ditanya ialah “Bolehkah memohon pinjaman perumahan kerajaan bina rumah atas tanah sendiri?

Jawapannya ialah boleh…tetapi pembinaan hanyalah boleh dimulakan selepas diluluskan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Syarat utama lain yang perlu dipatuhi ialah rumah tersebut hendaklah dibuat di atas tanah milik sendiri.

Di sini sebuah blog yang menerangkan secara terperinci mengenai pinjaman perumahan bina rumah atas tanah sendiri.

Diharapkan penerangan dan maklumat ringkas mengenai isu  Borang Dan Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mendapatkan rumah impian anda. Semoga berjaya.