Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Dan Kedoktoran Tahun 2017

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia berpeluang untuk memohon cuti belajar bergaji penuh untuk tujuan mengikuti pengajian ijazah sarjana dan kedoktoron tahun 2017.

Peluang ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di mana-mana universiti awam (public university) dalam negara.

 Kepada yang berminat dan berkelayakan tawaran permohonan dibuka dari 1 Februari 2017 hingga 21 Februari 2017 dan permohonan boleh dibuat dalam talian (online application) melalui sistem e-Penawaran melalui laman website https://epenawaran.moe.gov.my

READ ALSO: Program Ijazah Muda Perguruan

Sebelum mengemukakan permohonan anda, calon adalah diwajibkan membaca dan memahami syarat-syarat tatacara permohonan yang ada disertakan di sistem e-Penawaran sebelum mengemukakan permohonan anda secara online.