Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) Diperkenalkan Tahun 2018

Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD). Jika anda bercadang untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) mungkin perancangan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini tentunya sesuatu yang baik dan tepat pada masanya. MPM akan memperkenalkan penawaran ujian MUET on Demand (MoD) yang dijangka akan dilaksanakan bermula April 2018.

Pelajar yang berhajat hendak memasuki universiti (university) bolehlah mendapat manfaat dari MUET on Demand (MoD) yang akan diperkenalkan oleh MPM ini kelak.

Jika selama ini kita ada ASTRO on Demand, kini MUET pula mengambil langkah yang lebih kurang sama. Tentunya ini lebih memudahkan urusan menduduki ujian MUET nanti kepada yang bakal menjejak kaki ke universiti.

Apakah Maksud MUET on DEMAND (MoD)

Sistem MoD ini akan menawarkan ujian secara Computer Based Test (CBT) dan juga secara konvensional di pusat-pusat ujian tertentu.

Mulai bulan April tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan juga secara konvensional di pusat-pusat ujian tertentu. Standard ujian ini sama seperti standard ujian MUET sedia ada. Ujian ini akan ditawarkan mulai pada bulan April 2018. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Ujian MoD ini, sila layari portal MPM di www.mpm.edu.my.

Untuk makluman anda standard ujian MoD ini adalah sama seperti standard ujian MUET yang sedia ada.

Mungkin ada terlepas membaca artikel kami yang terdahulu mengenai Cara Dan Panduan Lengkap Pendaftaran MUET, anda digalakkan membacanya untuk maklumat tambahan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh melayari portal MPM di www.mpm.edu.my. Semoga sistem MoD ini menjadikan ujian MUET lebih baik dan teratur nanti untuk kebaikan pelajar-pelajar kita di Malaysia.