Waktu Operasi Kaunter BR1M Di LHDN Seluruh Negara

Jadual waktu operasi kaunter khas BR1M di cawangan LHDNM yang terdekat dengan anda. Pembayaran pertama BR1M 2018 akan tiba tidak lama lagi. Kepada anda yang hendak berurusan terus di kaunter BR1M di LHDN maklumat jadual waktu ini penting untuk anda.

Waktu operasi kaunter BR1M/BRIM di LHDN

Kepada anda yang belum mengemaskini maklumat BR1M anda sila baca kemaskini BR1M 2018 untuk maklumat lanjut.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan atau kemaskini maklumat BRIM secara manual di kaunter BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sila rujuk jadual waktu operasi kaunter BRIM di LHDN untuk panduan anda.

Sila maklum bahawa Kementerian Kewangan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa tempoh pendaftaran baru BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Ini bermakna mereka yang belum mendaftar masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Maklumat jadual waktu operasi kaunter BR1M di LHDN

Ringkasan Jadual Operasi Kaunter BR1M Di LHDN Seluruh Negara

Maklumat di bawah adalah waktu operasi kaunter BRIM cawangan-cawangan LHDN di seluruh negara.

1. Hari Berkerja
Cawangan LHDN Semenanjung Malaysia: 9 Pagi hingga 5.00 petang
Cawangan LHDN Sabah/Sarawak: 8 Pagi hingga 4.00 petang

2. Cuti Hujung Minggu
29 Dec 2017 / 30 Dec 2017 / 31 Dec 2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad): 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Maklumat Tambahan Waktu Operasi Kaunter BR1M

Sila ambil maklum perkara-perkara berikut:

a. Perlu diingat bahawa masa kaunter beroperasi adalah tertakhluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak LHDN
b. Semasa cuti umum peringkat negeri dan persekutuan semua kaunter BR1M LHDN adalah tutup.
c.Kaunter BR1M LHDN di negeri-negeri yang berkerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu buka kaunter BR1M di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformasi Centre (UTC-LHDN) pada hari Khamis ialah sehingga 3.30 petang sahaja.

Senarai Bank Pembayaran BR1M 2018

Jadual Pembayaran BR1M 2018 akan dibuat secara berperingkat sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2018. Pembayaran akan dibuat teruk ke bank-bank pemohon yang diluluskan. Berikut ialah senarai bank-bank yang boleh anda gunakan dalam permohonan BR1M anda untuk tujuan menyalurkan pembayaran BRIM 2018.

1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. CIMB BANK BERHAD
9. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
10. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Maklumat Perhubungan BR1M

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan bantuan BR1M 2018, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716 Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian maklumat mengenai waktu operasi kaunter BR1M LHDN ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk urusan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) anda.