Semakan Permohonan MRSM Syarat & Semakan Keputusan Online

Semakan permohonan MRSM Tingkatan 4 Online telah dibuka hari ini. Pelajar yang ada memohon untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 4 bolehlah membuat semakan.

Cuba memohon peluang biasiswa >> DI SINI

Semakan permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online

Rujuk juga blog post terdahulu kami Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 1

Pengumuman telah dibuat dan ianya disiarkan di laman portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan www.mara.gov.my.

Syarat Kemasukan MRSM
Ramai yang berminat, tetapi tahukah anda bahawa bukanlah senang untuk menempatkan diri untuk melanjutkan pengajian ke MRSM.
Terdapat syarat kelayakan kemasukan yang perlu pelajar penuhi atau miliki untuk melayakkan diri ke MRSM.  
Sebelum memohon, sila pastikan anda telah membaca dan memahami syarat kelayakan yang diperlukan.
Pihak MRSM ada menyediakan rujukan terperinci mengenainya dalam bentuk PDF. Anda boleh download dan cetak untuk memudahkan ada membacanya dengan teliti.
Ambil masa membaca dokumen tersebut dengan teliti kerana kebanyakan permohonan yang tidak berjaya disebabkan hanya kerana kesilapan semasa membuat permohonan.
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 Online

Kepada pelajar yang ingin membuat semakan anda boleh membuat semakan melalui online seperti berikut:

a. Semakan keputusan boleh dibuat secara online.
b. Sila ambil maklum bahawa pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM akan menerima SMS pemberitahuan.
c. Surat Tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak melalui aplikasi online semakan permohonan MRSM Online
d. Manakala pemohon yang tidak berjaya dan berniat untuk membuat rayuan boleh berbuat demikian di applikasi online yang sama.
e. Adalah penting untuk pemohon yang berjaya supaya membuat PENGESAHAN PENERIMAAN tawaran atau menolak tawaran dalam tempoh 7 hari. calon yang tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh 7 hari akan dianggap telah menolak tawaran
f. Untuk membuat semakan sila layari link  Tingkatan 4 https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Semakan Guna SMS

Selain melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak MARA, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan melalui applikasi SMS

Untuk membuat semakan melalui applikasi SMS sila ikut seperti berikut di bawah:

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Sistem e-Rayuan MRSM Tingkatan 4 Online

Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan melalui applikasi online. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas hari pendaftaran pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM 2018.

Pemohon yang gagal dalam permohonan pengambilan pertama diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online. walau bagaimanapun keputusan ke atas rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas pelajar-pelajar yang mendapat tawaran melapor diri.

Jika dalam kes-kes tertentu, button link rayuan online tidak muncul selepas pemohon membuat semakan permohonan MRSM, pemohon boleh membuat rayuan dengan cara menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Sila rujuk pautan-pautan berikut untuk membuat rayuan permohonan kemasukan MRSM:

Rujuk maklumat lanjut Panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar
Rujuk juga Tips Interview Biasiswa MARA

Proses ini berjalan sehingga semua tempat yang ada ditawarkan di MRSM dipenuhi.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766.

Semoga perkongsian maklumat Semakan Permohonan MRSM Tingkatan 4 online ini bermanfaat kepada anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk makluman mereka.