Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM Online Dan SMS

Tarikh dan semakan keputusan SPM 2017 Online atau SMS. Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 boleh buat semakan dan mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka sekitar bulan Mac 2018 nanti. Biasanya pada minggu ke-2, sekitar jam 10 pagi dalam bulan Mac nanti.

Semakan keputusan SPM 2017 online dan SMS

Tarikh keputusan SPM 2017 akan diumumkan nanti dan pihak PendidikanMalaysia.com akan kemaskini maklumat di sini bila tarikhnya diketahui kelak. Pastikan anda bookmark page ini untuk kegunaan pada masa akan datang.

Pada kebiasaanya sepertimana tahun-tahun sebelumnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh tertentu dalam bulan Mac untuk pengumuman keputusan peperiksaan SPM.

Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Terdapat berberapa cara untuk anda membuat semakan keputusan peperiksaan SPM iaitu melalui online dan juga melalui applikasi SMS.

Secara Manual Melalui Sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri

Kebiasaannya pelajar akan mendapatkan keputusan SPM mereka secara manual iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah asal anda (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri). Cara ini biasanya digemari oleh pelajar kerana mereka boleh bertemu semula dengan guru-guru lama dan rakan-rakan lama.

Pelajar boleh bertanya/berhubung terus untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada guru-guru lama semasa / selepas mendapatkan keputusan SPM masing-masing kelak.

Semakan Keputusan SPM Online

Cara kedua (2) yang iaitu semakan keputusan SPM secara online. Cara ini lebih digemari para pelajar kerana ianya cepat dan pantas. Pelajar boleh membuat semakan menggunakan komputer atau telefon pintar bila-bila masa dan di mana-mana anda berada.

Untuk membuat semakan anda boleh layari Sistem Aplikasi SPPAT – Semakan Keputusan SPM 2017 Online.

Mengikut pemerhatian kami, pelajar biasanya membuat semakan online keputusan SPM sebelum pergi mengambilnya di sekolah asal mereka.

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

Semakan keputusan SPM melalui SMS adalah antara yang paling popular dan mudah dalam kalangan pelajar. Ada boleh mendapatkan keputusan SPM anda menggunakan applikasi SMS. Keputusan SPM anda akan di SMS terus ke telefon pintar anda.

Sila lihat gambarajah di bawah untuk cara-cara membuat semakan keputusan SPM melalui applikasi SMS.

tarikh semakan keputusan spm online dan SMS

Semua sistem semakan keputusan SPM 2017 ini akan diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2017.

Perlu diambil perhatian bahawa semakan secara online dan SMS akan memaparkan ringkasan keputusan SPM sahaja. Untuk mendapatkan keputusan penuh anda boleh pergi terus ke sekolah asal anda atau JPN yang terdekat.

Keputusan Penuh SPM 2017

Semakan keputusan penuh terbahagi kepada 2 kategori iaitu (a) Calon Sekolah dan (b) Calon Persendirian.

A. Calon Sekolah

Untuk calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM anda melalui sekolah asal masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

B. Calon Persendirian

Untuk calon SPM Persendirian, anda akan dimaklumakan melalui POS atau anda boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk calon SPM persendirian.

Read also: Sistem Permohonan UPU Online

Semoga perkongsian mengenai tarikh dan semakan keputusan SPM 2017 online dan SMS ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.