Nota Matematik Tingkatan 5 SPM – Graf Fungsi II

Nota Matematik Tingkatan 5 (SPM) dalam subjek Graf Fungsi (Graph of Functions). Topik ini salah satu topik yang penting dalam subjek Matematik Tingkatan 5. Ini kerana ada soalan akan keluar dari topik ini semasa peperiksaan SPM nanti dan soalan itu pula membawa markah yang besar.

Nota Matematik SPM Graf Fungsi 2 (Graph of Function 2) untuk rujukan pelajar SPM
Gambar Hiasan – Graf Fungsi

Untuk memahirkan diri anda dalam subjek Graf Fungsi anda perlu banyak membuat latih tubi menjawap soalan-soalan berkaitan subjek ini menggunakan formula Matematik yang telah anda pelajari.

Apakah Graf Fungsi 2 (Graph of Function 2)

Graf Fungsi II adalah kesinambungan dari tajuk Graf Fungsi yang telah dipelajari semasa tingkatan tiga. Dalam tajuk ini, murid didedahkan dengan jenis-jenis graf fungsi iaitu graf fungsi linear, graf fungsi kuadratik, graf fungsi kubik dan graf fungsi salingan. Dari bentuk-bentuk graf yang dipelajari murid diajar cara menyelesaikan masalah dengan kaedah graf dan perkaitan ketaksamaan linear dalam dua pemboleh ubah.

Contoh soalan Graf Fungsi ini boleh membantu anda mempelajari dan melatih teknik menjawab soalan mengenai Graf Fungsi dengan pantas dan tepat. Soalan-soalan Matematik yang keluar mengenai Graf Fungsi semasa peperiksaan sebenar SPM mungkin berbeza dari  soalan-soalan semasa anda melakukan latih tubi tetapi jika anda mahir menggunakan formula yang telah dipelajari untuk topik ini sudah tentu anda boleh selesaikan setiap soalan itu dengan mudah dan pantas.

Kami ada upload pautan-pautan soalan-soalan percubaan SPM Matematik 2017 yang mana anda boleh download dan gunakannya untuk latih tubi.

– Nota Matematik Tingkatan 5 Pelan Dan Dongakan
– Nota Matematik Tingkatan 5 Bumi Sebagai Sfera
– Koleksi Soalan Matematik SPM 2017

Powerpoint Graf Fungsi II Unttuk Rujukan Pelajar

Di sini Salah satu sumber yang anda boleh rujuk untuk belajar, memahami dan berlatih subjek Graf Fungsi 2

Selain dari tutorial dalam youtube di atas, anda juga boleh download dan mempelajari dan memahirkan diri mengenai topik Graf Fungsi di blog Matematik SPM dan Teori Math untuk rujukan lebih lanjut.

Semoga perkongsian sumber-sumber rujukan mengenai nota Matematik Tingkatan 5 SPM Graf Fungsi ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.