Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM MELAKA

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Melaka. Universiti Teknologi MARA atau lebih dikenali ramai sebagai UiTM adalah universiti awam yang terbesar di Malaysia. UiTM memiliki kampus cawangan di setiap negeri di seluruh negara.

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Melaka

Pelajar-pelajar dari Melaka bolehlah mengambil peluang ini untuk memohon memasuki UiTM cawangan Melaka supaya anda tidak berjauhan dari keluarga. Walau bagaimanapun peluang ini terbuka juga kepada pelajar dari negeri lain yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka di UiTM Melaka.

UiTM cawangan Melaka memilik tiga (3) kampus di Melaka iaitu kampus UiTM yang terletak di Alor Gajah, Jasin dan Bandaraya Melaka. Ketiga-tiga kampus ini menawarkan pendidikan peringkat diploma hingga ijazah sarjana muda.

Sila teruskan membaca lanjut untuk senarai kursus atau program yang ditawarkan oleh UiTM di ketiga-tiga kampus miliknya di Melaka.

Senarai Kursus Yang Di Tawarkan Di UiTM Alor Gajah Melaka

Di bawah adalah senarai bidang kursus yang ditawarkan di kampus UiTM Alor Gajah, Melaka. Jika anda berminat untuk memohon memasuki kampus UiTM  Alor Gajah, Melaka anda boleh memilih mana-mana kursus di bawah.

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media

  • Diploma Komunikasi & Media

Fakulti Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL)

Fakulti Perakaunan

  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Sistem Maklumat Perkaunan
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Pengajian Pendidikan

  • Diploma Pengajian Pernigaan
  • Diploma Pengajian Perbankan
  • Diploma Pengajian Perniagaan (Insuran)
  • Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat

Senarai Kursus Ditawarkan Di Kampus UiTM Bandaraya Melaka

Berikut adalah senarai bidang kursus yang ditawarkan di kampus UiTM Bandaraya Melaka. Menawarkan empat (4) fakulti, anda boleh memilih mana-mana kursus di bawah yang diminati dan sesuai dengan kelayakan anda.

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

  • Diploma Pengurusan Pelancongan

Fakulti Pengurusan Perniagaan

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insurans)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

  • Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus)
  • Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Fotografi & Pengimejan Kreatif)
  • Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
  • Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)

Senarai Kursus Ditawarkan Di Kampus UiTM Jasin Melaka

Kampus UiTM yang ketiga di negeri Melaka terletak di Jasin. Di bawah adalah senarai bidang kursus atau program yang ditawarkan di kampus UiTM Jasin Melaka.

Fakulti Perladangan & Agroteknologi

  • Diploma Pengurusan Ladang
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Fakulti Sains Komputer & Matematik

  • Diploma Sains Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komunikasi Data & Rangkaian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat)

Read also: Kursus Ditawarkan Di UiTM Shah Alam

Semoga perkongsian mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Melaka ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang bercadang untuk memohon memasuki UiTM cawangan Melaka.