Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM JOHOR

Senarai bidang kursus atau program yang di tawarkan di UiTM Johor. Universiti Teknologi MARA atau lebih dikenali dengan singkatan nama UiTM memiliki kampus cawangan di seluruh negara. UiTM adalah salah satu Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang terbesar dan memiliki pelajar paling ramai di Malaysia dan mempunyai kampus cawangan di setiap negeri.

Senarai kursus ditawarkan UiTM Johor

UiTM menawarkan banyak bidang kursus meliputi hampir semua bidang yang ada di dunia ada ditawarkan di UiTM.

Untuk perkongsian kita kali ini, kita akan senaraikan kursus-kursus atau program yang ditawarkan di UiTM Johor. UiTM cawangan Johor memiliki dua (2) kampus iaitu a) Kampus UiTM Segamat Johor dan b) Kampus UiTM Pasir Gudang Johor.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Segamat, Johor

Berikut ialah bidang kursus atau program yang ditawarkan di UiTM Segamat, Johor untuk rujukan anda. Jika anda bercadang untuk mengambil mana-mana kursus di bawah anda boleh memohon untuk memasuki UiTM Segamat, Johor.

Fakulti Perakaunan

  • Diploma Perakaunan
  • Ijazah sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Sains Komputer & Matematik

  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma sains (Matematik)

Fakulti Pengurusan Perniagaan

  • Diploma Pengajian Pernigaan
  • Diploma Perniagaan (Pengangkutan)
  • Diploma Pengajian Perbankan
  • Diploma Analisis Pelaburan
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelaburan)

Fakulti Pengurusan Maklumat

  • Diploma Pengurusan Maklumat
  • Ijazah Sarjana Muda sains Maklumat (Pengurusan Rekod)

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Pasir Gudang, Johor

Senarai di bawah pula adalah bidang kursus pengajian yang ditawarkan di kampus UiTM Pasir Gudang, Johor.

Fakulti Pengurusan Perniagaan

  • Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)

Fakulti Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan & Instrumentasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

Fakulti Kejuruteraan Kimia

  • Diploma Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Hubungi UiTM Johor

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan terkini, anda boleh berhubung terus dengan pihak UiTM cawangan Johor menggunakan maklumat perhubungan berikut:

Pejabat Rektor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Johor
Kampus Segamat
Km12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta’zim
Telefon : 07 – 935 2000 | Faks : 07 – 935 2277
Website: https://johor.uitm.edu.my/v3/

Semoga perkongsian mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Johor ini bermanfaat kepada anda. Anak-anak Johor mungkin memerlukan maklumat ini, sila kongsikan kepada mereka untuk panduan.