Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan Di UiTM Pahang

Senarai bidang kursus ditawarkan di UiTM Pahang. Anda mungkin berminat untuk melanjutkan pengajian anda ke Universiti Teknologi MARA atau UiTM Pahang. Sebelum itu penting untuk anda semak dahulu apakah bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Pahang. Bukan semua kursus ada di UiTM Pahang. Kursus yang ada minati mungkin ditawarkan di kampus UiTM negeri lain.

Senarang bidang kursus programme yang ditawarkan di UiTM Pahang terkini

Kami banyak menerima pertanyaan berkaitan senarai bidang kursus di UiTM. Untuk menjawapnya kami sediakan artikel ini sebagai panduan anda. Dari artikel ini anda akan mendapat maklumat perkara-perkara berikut:

  • Kursus Ditawarkan Di UiTM Pahang (UiTM Pahang Courses)
  • Tawaran Jawatan Kosong UiTM Pahang
  • Alamat Perhubungan UiTM Pahang

Kampus UiTM Pahang yang terletak di Jengka dan Raub mempunyi kemudahan yang agak lengkap dan baik. Kampus UiTM Pahang mempunyai sistem wifi, library, student portal yang sistematik dan juga jika pelajar atau orang awam ingin menghubungi UiTM boleh berbuat demikian melalui email rasmi UiTM Pahang. Perlu di ingat bahawa UiTM di Pahang terletak di Jengka dan Raub dan bukan di Kuantan Pahang.

Kampus UiTM Jengka Pahang

Kampus UiTM Pahang yang terletak di Jengka memilik 7 fakulti buat masa ini  iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.

Berikut adalah senarai bidang kursus ditawarkan di UiTM Jengka Pahang.

Fakulti Perakaunan

Diploma Perakaunan
Ijazah sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Sains Gunaan

Diploma Sains
Diploma Industri Perkayuan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Bio-Komposit)

Fakulti Perladangan & Agroteknologi

Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengurusan Teknologi Pajabat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengkomputeran)

Fakulti Kejuruteraan Awam

Diploma Kejuruteraan Awam

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi

Diploma Pengajian Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

Kampus UiTM Raub Pahang

Kampus UiTM yang kedua terletak di Raub Pahang. Kampung ini mempunyai  3 fakulti pada masa ini dan dijangka akan ditambah pada masa akan datang. Fakulti-fakulti yang ada di kampus UiTM Raub ialah  Fakulti Pengurusan Perniagaa, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dan Fakulti Sains Komputer & Matematik.

Berikut ialah senarai bidang kursus UiTM Raub Pahang.

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran

Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Sains Komputer

Jawatan Kosong Di UiTM Pahang

Mungkin anda sedang mencari kerja dan berminat untuk menjadi kakitangan UiTM Pahang. Jika anda berminat, anda boleh dari masa ke semasa melayari laman tawaran jawatan kosong di UiTM Pahang di kampus Jengka dan Raub melalui portal jawatan UiTM Pahang yang disediakan khas.

Semak kekosongan jawatan UiTM Pahang >>> Iklan Kerja UiTM Pahang Online

Daripada portal itu UiTM Pahang akan mengiklankan kekosongan kerja jika ada dari masa ke semasa. Jika ada anda bolehlah cuba memohon.

Pada masa artikel ini ditulis belum ada jawatan kosong di kedua-dua kampus UiTM di Pahang.

Hubungi UiTM Pahang

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan terkini mengenai UiTM kampus Jengka dan Raub, anda boleh menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang, MALAYSIA
Phone No : 09-460 2000
Fax No : 09-460 2455
Website: https://pahang.uitm.edu.my/v3/

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Raub
27600 Raub
Pahang, MALAYSIA
Phone No : 09-351 555

Read also: Senarai Kursus Ditawarkan Di UiTM Shah Alam

Semoga perkongsian mengenai senarai kursus ditawarkan UiTM cawangan Pahang ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk info mereka.