Permohonan Kemasukan ILJTM Online

Permohonan kemasukan ILJTM online – pengambilan tambahan Julai 2018. Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Mencari biasiswa? Baca senarai biasiswa di Malaysia >> DI SINI

Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. Permohonan sudah boleh dibuat sekarang. Hantar permohonan anda dengan segera.  Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Pusat-Pusat ILJTM

1. 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
2. 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
3. Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

i. Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
ii. Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau
iii. Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan Program Sijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

a. Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
b. Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
c. Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

i. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
ii. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

    Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

Semoga perkongsian mengenai permohonan kemasukan ILJTM ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain.