Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Kelantan

Senarai bidang kursus ditawarkan di UiTM Kelantan. Maklumat ini amat penting untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Anda mungkin berminat untuk melanjutkan pengajian anda ke Universiti Teknologi MARA cawangan Kelantan atau lebih dikenali ramai sebagai UiTM Kelantan.

Sebelum itu penting untuk anda semak dahulu apakah bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Kelantan untuk memastikan sama ada kursus-kursus yang anda minati ada ditawarkan di sana.. Bukan semua kursus ada di UiTM Kelantan. Kursus yang ada minati mungkin ditawarkan di kampus UiTM negeri lain.

Anda juga boleh rujuk senarai kursus yang ditawarkan di UiTM Shah Alam untuk panduan lanjut.

UiTM Kelantan memiliki 2 kampus utama iaitu Kampus UiTM yang terletak di Kota Bharu Kelantan dan Kampus UiTM yang terletak di Machang Kelantan.

Berikut ialah senarai kursus yang di tawarkan di UiTM Kota Bharu, Kelantan.

KAMPUS KOTA BHARU

Fakulti Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)

KAMPUS MACHANG

Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat

Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Statistik
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layar laman webportal rasmi UiTM Kelantan untuk maklumat lebih tepat dan terkini.

Semoga perkongsian mengenai senarai kursus ditawarkan di UiTM Kelantan ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat ini di laman FB anda untuk panduan rakan-rakan anda yang lain.