Permohonan Biasiswa UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) Untuk Lepasan SPM

Permohonan Biasiswa UNITEN untuk pelajar Malaysia lepasan SPM dan STPM tahun ini. Biasiswa ini ditawarkan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pelajar yang layak boleh membuat permohonan secara online. Biasiswa ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat.

Baca Maklumat Lanjut Biasiswa >> DI SINI

Biasiswa UNITEN

Setiap tahun biasanya akan ada biasiswa dan bantuan kewangan disediakan untuk pelajar-pelajar UNITEN yang layak dan berminat untuk memohon. 

Jika anda memerlukan dan berkelayakan untuk memohon, boleh cuba nasib mungkin ianya reziki anda. Kalau tidak cuba, anda tidak akan tahu bukan.

Cara Memohon

Bagaimana hendak memohon? Itu soalan yang baik. Untuk memohon jika anda berminat bolehlah datang terus ke UNITEN Costumer Centre.

Anda boleh juga memohon terus kepada pihak UNITEN untuk kemasukan intake mereka yang terdekat. Anda boleh memohon untuk dapatkan pertimbangan untuk mendapat Biasiswa UNITEN pada masa itu.

Pelajar yang berminat untuk memohon boleh mengemukan permohonan biasiswa UNITEN pada hari tersebut terus kepada pihak Univesiti Tenaga Nasional.

Siapa yang layak dan digalakkan memohon untuk biasiswa ini? Permohonan biasiswa UNITEN ini terbuka kepada kursus-kursus peringkat Foundation, Diploma, Degree, Master dan peringkat Phd.

Pihak UNITEN telah menyediakan portal khas untuk tempat anda membuat permohonan. Anda juga boleh memohon terus melalui portal yang disediakan oleh pilah UNITEN sebelum tarikh tutup.

Alamat Perhubungan UNITEN (UNITEN Address)
Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan terperinci mengenai permohonan biasiswa UNITEN bolehlah berhubung terus dengan pihak UNITEN.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) memiliki dua (2) kampus utama iaitu yang terletak di Selangor dan Pahang. Sila gunakan alamat perhubungan dan nombor telefon UNITEN di bawah untuk berhubung dengan mereka.

PUTRAJAYA CAMPUS
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Putrajaya Campus
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang, Selangor
MALAYSIA.
T: +603-8921 2020

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS (KSHAS)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Sultan Haji Ahmad Shah Campus (KSHAS)
Wisma Sultan Haji Ahmad Shah
26700 Muadzam Shah, Pahang
MALAYSIA.
T: +609-455 2020

Semoga info mengenai biasiswa UNITEN ini  bermanfaat.