Queen Elizabeth Commonwealth Scholarship

 Queen Elizabeth Commonwealth Scholarship ini ditawarkan untuk pelajar dari negara anggota peluang meningkatkan diri dan mendapatkan pengalaman di negara lain, kebudayaan dan memperluaskan pandangan.

Permohonan Queen Elizabeth Commonwealth Scholarship online

Dalam masa yang sama untuk mengeratkan hubungan antara negara supaya berterusan.

Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar peringkat master dari golongan berpendapatan rendah yang berasal dari negara-negara anggota.

Pemohon mestilah memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Anda boleh rujuk maklumat kelayakan  dan senarai kursus di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh sepanjang pengajian mereka, sara hidup, tiket pergi balik kapal terbang, elaun ketibaan dan juga grant untuk penyelidikan bergantung kepada kelulusan dari pihak penganjur.

Jika anda berminat dan layak, silalah memohon biasiswa tersebut.