Biasiswa KLK Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian Di IPT Dalam Negara

Tahun ini Yayasan KLK sekali lagi menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Malaysia yang mendapat keputusan atau pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum untuk sambung pengajian di IPT dalam negara.

Pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa dari Yayasan KLK ini berpeluang untuk berkhidmat dengan pihak KLK selepas tamat pengajian nanti.

Ini kira peluang yang baik kerana anda tidak perlu risau mengenai peluang kerja selepas tamat pengajian.

Bolehlah tumpukan perhatian sepenuhnya untuk pengajian anda.

Tarikh tutup permohonan ialah 30 Sept tahun ini. Memohonlah sebelum tarikh tutup.

Sebelum ini jika anda ada masa anda boleh rujuk maklumat berkaitan di sini dan sini untuk maklumat lanjut.

Kalau nak apply, kena download borang permohonan di website rasmi Yayasan KLK.

Selepas download, lengkapkan borang tersebut dan kirim kembali kepada pihak mereka untuk diproses.

Jika anda tersenarai pendek Yayasan KLK akan menghubungi anda untuk proses temuduga.

Kepada anda yang memohon, kami ucapkan All the best! Semoga berjaya.