Syarat Kemasukan Politeknik Lepasan SPM

Adik-adik ingin masuk ke politeknik selepas habis spm? Ini syarat kemasukan yang adik-adik perlu tahu.
Kini semuanya lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Adik-adik tahu tak apa itu sistem e-semak politeknik? E-semak politeknik adalah sistem semakan syarat kemasukan politeknik secara online.

Jika adik-adik merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Politeknik Premier ataupun politeknik Konvensional/METrO, e-semak boleh memberi panduan kepada adik-adik di luar sana.

Sebelum membuat permohonan kemasukan politeknik melalui UPU Online atau Portal Pengambilan Pelajar politeknik, adik-adik sebagai pelajar perlu menyemak terlebih dahulu syarat kelayakan akademik bagi program pengajian yang hendak dipohon, kerana jika program yang adik-adik mohon tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, kemungkinan permohonan adik-adik boleh ditolak.

Syarat Khas Program Pengajian Kemasukan Politeknik Lepasan SPM

Syarat Am Lepasan SPM

Syarat minimum bagi adik-adik yang berhasrat untuk masuk ke politeknik adalah, adik-adik mestilah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf.

Kelayakan SPM Untuk Kemasukan Ke Politeknik:

Diploma

Jika adik-adik berhasrat untuk menyambung pengajian peringkat diploma di ploliteknik, adik-adik mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Subjek Sejarah dan Bahasa Melayu ini sangat penting dan wajib lulus bagi SPM. Jadi pastikan adik-adik lulus dengan baik subjek ini ya!

Sijil

Jika adik-adik ingin menyambung pengajian ke peringkat Sijil pula, syarat kelayakannya lebih mudah berbanding jika adik-adik menyambung diploma.

Syaratnya mudah sahaja, iaitu adik-adik mesti menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira. Mudah sahaja bukan?

Syarat Umum Akademik Bagi 3 Jenis Politeknik

Adik-adik tahu atau tidak? Politeknik sebenarnya terdiri daripada 3 jenis politeknik, iaitu Politeknik Premier, dan Politeknik Konvensional/METro.

Mari baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan akademik bagi setiap jenis politeknik.

a)Politeknik Premier

Mendapat 5 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

b)Politeknik Konvensional/METro

Mendapat 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Subjek Mata Pelajaran Yang Perlu Diambil Kira:

  • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
  • Sejarah (Wajib Lulus)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/Fizik/Kimia

Program Diploma Yang Ditawarkan Bagi Lepasan SPM

Tahukah adik-adik, Kementerian Pengajian Tinggi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menawarkan banyak pilihan program pengajian bagi diploma sepenuh masa.

Masa inilah adik-adik boleh memilih bidang kemahiran yang adik-adik minat. Walau bagaimana pun, setiap program pengajian ada syarat-syarat kelayakan akademik masing-masing.

Jika adik-adik memenuhi syarat-syarat kelayakan program pengajian yang ditawarkan, pasti adik-adik berpeluang untuk diterima masuk ke politeknik.

Berikut adalah antara 3 jenis jabatan program kemahiran bagi Diploma Sepenuh Masa Politeknik yang ditawarkan bersama syarat-syarat kemasukannya.

Jika adik-adik ingin melihat program-program diploma lain yang ditawarkan, anda boleh terus ke pautan Program Sepenuh Masa Politeknik.

1.Jabatan Agroteknologi Dan Bio-Industri

a)Diploma agroteknologi
b)Diploma akuakultur
c)Diploma bioteknologi
d)Diploma hortikultur landskap

  • Syarat Kemasukan Lepasan SPM Bagi Program-Program Di Atas:
  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki SPM atau setaraf.
  • Lulus Bahasa Melayu.
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas).
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

2.Jabatan Kejuruteraan Awam

  • Diploma geomatik
  • Diploma kejuruteraan alam sekitar
  • Diploma kejuruteraan awam
  • Diploma kejuruteraan perkhidmatan bangunan
  • Diploma perancangan bandar dan wilayah
  • Diploma seni bina
  • Diploma teknologi berasaskan kayu
  • Diploma ukur bahan

Syarat Kemasukan Lepasan SPM Bagi Program-Program Di Atas:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Matematik
  • SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
  • SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

3.Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

Syarat Kemasukan Lepasan SPM Bagi Program-Program Di Atas:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Matematik
  • SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
  • SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Cara Semakan eSemak Politeknik

Bagaimana hendak menyemak melaui eSemak? Untuk memudahkan adik-adik, mari baca lebih lanjut dan ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, adik-adik perlu melayari pautan berikut: http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-). Contoh: 991020120000
  • Pilih pada ‘Kelayakan akademik saya’
  • Pilih mata pelajaran yang diambil dan pilih gred keputusan peperiksaan anda.
  • Klik SEMAK
  • Senarai program pengajian yang anda layak mohon akan dipaparkan.

Adakah cara lain menyemak kelayakan kemasukan politeknik lepasan SPM selaian melalui eSemak?
Jawapannya, ada! Anda boleh menyemaknya melalui e-Panduan UPU Online.

Semakan Kelayakan Melalui e-Panduan UPU Online

Portal lain yang anda boleh gunakan selain eSemak adalah melalui sistem e-Panduan UPU Online. UPU Online juga digunakan untuk menyemak syarat kelayakan UPU iaitu UA,IPTA, Politeknik, dan Kolej Komuniti.

E-panduan akan memaparkan maklumat seperti berikut:

  • Program Pengajian
  • Kod Pengajian
  • Tempoh Pengajian
  • Maklumat Kampus
  • Yuran Pengajian
  • Purata Merit
  • Syarat Am Dan Khas Program

Bagaimana nak buat pilihan program pengajian jika senarai pilihan terlalu banyak?

Adik-adik mungkin akan menghadapi masalah seperti ini nanti. Untuk membantu adik-adik, ikuti beberapa langkah berikut:

1.Layari e-Panduan di URL ini https://online.mohe.gov.my. Dalam e-Panduan ini, adik-adik boleh semak sama ada adik-adik layak memohon atau tidak.
2.Selepas 5 hari keputusan SPM adik-adik diumumkan, secara automatik sistem UPU Online akan memaparkan pilihan program pengajian yang anda layak mohon sahaja berdasarkan keputusan SPM adik-adik.

Info Lanjut

Jika adik-adik mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan politeknik, adik-adik boleh menghubungi alamat berikut:

Alamat:
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Galeria PjH Aras 4-7,
Jalan P4W Persiaran Perdana Presint
462100 Putrajaya

Tel: 03 8891 9000
Faks: 03 8891 9300
Email: ukk.jppkk@mohe.gov.my

Semoga pelajar di luar sana mendapat manfaat daripada perkongsian tentang semakan syarat kemasukan politeknik secara atas talian ini. Semoga berjaya kepada anda yang berhasrat untuk memasuki politeknik dan mendapat program pengajian yang dimohon.