Cosmopoint Sabah Syarat Kemasukan, Yuran Pengajian & Asrama

Cosmopoint cawangan Sabah terletak di Alam Mesra Kota Kinabalu berdekatan dengan shopping mall terkenal iaitu 1Borneo.

Kolej ini adalah milik Ekuinas iaitu syarikat pelaburan milik kerajaan.

Menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, kolej ini menjadi tumpuan ramai pelajar lepasan SPM.

Kelebihan kolej ini ialah terletak di pusat bandar, membantu pelajar memohon pinjaman pendidikan dan juga biasiswa serta bantuan penempatan kerja selepas tamat pengajian.

Address (Alamat)

Cosmopoint Sabah
Lot 102-105, Block P,
Alam Mesra Plaza Utama (Phase 3)
Alam Mesra, Along Sulaman Coastal Highway,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Nombor Telefon (Contact Number)

+6014 352 8487 (Pendaftaran Pelajar)

Website

Pelajar yang berminat untuk sambung pengajian di kolej ini boleh memohon secara online.

Link: www.cosmopointkotakinabalu.com

Syarat Kemasukan

Kursus berlainan memerlukan syarat kemasukan yang berbeza. Contohnya untuk kursus IT dan Perakaunan pelajar wajib kredit subjek matematik semasa SPM.

Untuk kursus-kursus yang lain syarat kemasukan minimum ialah SPM 3 kredit (mana-mana subjek) lulus Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah.

Senarai Kursus

Sila lihat senarai kursus di bawah

Senarai kursus ditawarkan Cosmopoint College cawangan Sabah

  • Pengurusan Pelancongan
  • Pengurusan Hotel
  • Seni Kulinari
  • Seni Pastri
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Pejabat (e-Kesetiausahaan)
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat (IT)
  • Reka Grafik
  • Multimedia
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semua kursus di Cosmopoint Kota Kinabalu sudah mendapat pengiktirafan MQA.

Pengiktirafan MQA ini penting untuk anda semak sebelum mendaftarkan diri mengikuti kursus di mana-mana kolej.

Yuran (Fees) Pengajian

Yuran pengajian mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa.

Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak kolej Cosmopoint Sabah bagi mendapatkan informasi terkini mengenai fees terkini.

Asrama

Pelajar yang perlukan tempat tinggal akan dibenarkan tinggal di asrama.

Asrama kolej ini terletak di Angkasa Apartment Kota Kinabalu. Lokasinya berhampiran kolej.

Yuran untuk tinggal di asrama juga boleh anda dapatkan dengan staff bahagian pendaftaran nanti.

Cosmopoint College Kerajaan Atau Swasta?

Soalan ini sering ditanya. Ramai yang lebih tertarik untuk masuk kolej bantuan penuh kerajaan.

Sebab ianya lebih murah dan rasa lebih yakin.

Seperti yang sudah diterangkan awal tadi, College Cosmopoint ini ialah kolej swasta milik Ekuinas, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan.

Ringkasnya memang kolej ini ialah kolej swasta.

Map Lokasi


Good luck untuk pengajian anda!