Jadual & Kadar Bayaran Kursus Kad Hijau CIDB Terkini

Kad Hijau CIDB merupakan sejenis akaun berdaftar dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada individu binaan yang melakukan atau terlibat dengan tugas binaan.

Individu ini perlu menjalani kursus induksi keselamatan dan kesihatan (SICW) yang diiktiraf oleh CIDB. IKBN

READ: Permohonan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Jadual dan kadar bayaran kursus kad hijau CIDB

Ramai yang nak ambil kursus nie bukan! Memanglah sangat penting untuk ikut kursus ini untuk kemajuan kerjaya anda dan pengetahuan keselamatan.

Info Penting

Semua pekerja yang terlibat dengan kerja kerja pembinaan adalah diwajibkan untuk berdaftar untuk kad hijau CIDB (personal binaan) seperti yang diperuntukan dalam seksyen 33, Akta 520.

Denda sebanyak RM 5000 akan dikenakan pada kontraktor serta personel jika gagal memiliki kad hijau ketika berada di tapak binaan.

Tambahan pulak, personel yang memiliki kad hijau ini akan diberikan perlindungan Plan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB.

Syarat Permohonan Kad Hijau CIDB

Berikut merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi permohonan kad hijau CIDB. Jika anda memenuhi syarat-syarat ini, bolehlah mendaftar untuk ikut kursus.

  • Individu mesti berumur 18 tahun dan ke atas jika berdaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi individu yang berdaftar sebagai personel di Sebah dan Sarawak, minima umur ditetapkan ialah 16 tahun dan ke atas.
  • Individu yang memohon perlu bekerja dalam industri pembinaan serta melakukan kerja pembinaan.
  • Individu perlu menghadiri kursus induksi keselematan bagi personel binaan dan kursus lain yang diwajibkan.
  • Semua pemohon perlu mengikuti undang- undang yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Bayaran Kursus Kad Hijau CIDB

Tentu sekali ada bayaran yang perlu dibuat. Bukan juga percuma ya! Jika majikan atau bakal majikan anda baik hati mungkin mereka boleh tolong bayarkan untuk anda.

Para pemohon perlu melakukan pembayaran semasa melakukan permohonan bagi kursus ini. Berikut merupakan senarai harga bagi kursus bagi program CIDB.

  • Induksi keselamatan dan kesihatan binaan (eSICW) (CIDB)- RM 25
  • Kursus e-SICW (CIDBH)- RM 50

Jadual Kursus (Atas Talian)

Nah makin mudah, dulu anda kena duduk dalam kelas dengar ceramah dari penceramah. Sekarang ini boleh kursus secara online.

Kursus ini ditawarkan secara atas talian dari mana- mana sahaja menerusi pautan kursus e-sicw CIDBH.

Kursus ini mengandungi video infografik dengan suara latar dalam 7 jenis bahasa bagi para pemohon.

Antara bahasa ditawarkan ialah bahasa Melayu, Inggeris, Indonesian, Mandarin, Bengali, Urdu dan Burmese.

Anda boleh mengakses kursus ini sama ada menggunakan telefon pintar, tablet ataupun laptop.

Anda turut boleh mengambil kursus ini pada bila- bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengaktifan pembelajaran online (selepas pengesahan bayaran).

Selain itu, individu perlu melengkapkan penilaian kefahaman pada bila- bila masa dalam tempoh 14 hari setelah tamat pembelajaran online.

Kaedah yang digunakan ialah penilaian kendiri (self assessment), dan calon boleh mendapatkan keputusan dan sijil pencapaian (e-cert) dengan serta merta.

Proses Pendaftaran Kursus e-sicw cidbh

Anda boleh membuat pendaftaran kursus ini di laman web www.cidblink.com dan kemudian memasukkan segala maklumat penting pekerja ke CIDBLINK.

Seterusnya, setelah lengkapkan borang permohonan, anda perlu melakukan pembayaran secara online bagi melengkapkan proses permohonan.

Setelah melengkapkan pendaftaran kursus, pemohon boleh melakukan sesi pembelajaran modul SICW secara atas talian serta ujian SICW.

Pemohon akan menerima keputusan serta e-cert pada CIDBLINK dengan serta merta.

Maklumat Tambahan

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada nombor telefon atau email di bawah ini.

  • Alamat Pejabat: 53-2 Jalan Nautika A U20/A, Section U20, Pusat komersil TSB Sungai Buloh 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • No. Telefon: 013-431 7576, 013-431 7686/  03 4042 8880
  • Emel: kursuskadhijau@gmail.com / esicw@cidbh.com.my

Harap sedikit informasi ini bermanfaat dan mempermudahkan urusan anda. Selamat berkursus!