Perkara Paling ‘Rare’ Tentang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Yang Jarang Diketahui

Dengar pasal UPSI saja pasti teringat tentang nak jadi cikgu kan? Nama pun universiti pendidikan, pastilah mereka akan melahirkan bakal-bakal guru yang berwibawa.

Sebenarnya, belajar di UPSI tidak terhad untuk menjadi guru saja selepas tamat pengajian, banyak lagi peluang kerjaya yang lain contohnya menjadi seorang usahawan, penyelidik, saintis, pemuzik, wartawan, kaunselor, pereka fesyen, pustakawan, pensyarah, dan banyak lagi.

Jadi, jangan ingat masuk UPSI boleh jadi cikgu saja tau!

Anda tahu atau tidak, bahawa UPSI merupakan salah satu universiti awam paling top di Malaysia!

Tak perlu disangkal lagilah tentang segala kebaikan dan kelebihan menyambung pelajaran di UPSI ni.

Fasiliti UPSI adalah antara yang terbaik di Malaysia. Sebab itu ramai minat nak sambung belajar di IPTA ini.

Nak tahu lebih banyak lagi tentang perkara menarik di UPSI? Jom baca lebih lanjut!

READ: Kemasukan Ke UPSI Lepasan SPM

UPSI Adventure Park untuk pelajar dan orang awam
Photo: UPSI

Kemudahan Fasiliti Di UPSI

Setiap universiti pasti ada menyediakan kemudahan fasiliti masing-masing, tapi UPSI merupakan salah satu universiti yang mempunyai fasiliti yang terbaik jika dibandingkan dengan universiti lain.

Kalau anda nak tahu, di UPSI terdapat fasiliti yang sangat menyeronokkan iaitu litar, gelanggang bola keranjang, dan padang yang luas.

Kemudahan ini mungkin biasa anda dengar kerana terdapat di universiti-universiti lain juga.

Tapi anda tahu atau tidak, bahawa di UPSI terdapat kolam renang juga!

Ketahui Tentang Kolam Renang UPSI!

Pusat Sukan UPSI menyediakan fasiliti ini kepada kakitangan, pelajar, dan malahan orang awam.

Jadi pasa masa lapang, bolehlah buat aktiviti berenang atau mandi kolam dengan kawan-kawan.

Kanak-kanak pun boleh bermandi-manda di kolam ini kerana kolam untuk kanak-kanak pun ada disediakan, jadi kakitangan UPSI ataupun orang awam bolehlah bawa anak masing-masing.

Banyak aktiviti boleh dilakukan di kolam renang UPSI ni, bukan aktiviti berenang sahaja, kalau nak buat latihan berenang ataupun senaman aerobik air pun boleh!

Masuk ke kolam renang UPSI kena bayar tau! Tapi tidaklah mahal.

Anda boleh rujuk senarai harga di bawah.

Menarik kan! Jarang-jarang kita dengar universiti yang ada sediakan kolam renang untuk orang awam.

Memang seronok belajar di UPSI kan, kalau rasa nak tenangkan fikiran dan berseronok dengan kawan-kawan, boleh pergi berenang di kolam renang ramai-ramai!

Kemudahan Gimnasium Untuk Pelajar

UPSI sangat menggalakkan para pelajar dan kakitangannya untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, sebab itulah mereka sediakan kemudahan gym untuk dimanfaatkan bersama.

Bagi pelajar yang berhasrat nak turunkan berat badan atau minat dengan bina badan, bolehlah rajin-rajin datang ke gym.

Peralatan gimnasium memang sangat mahal, tidak mungkin setiap pelajar mampu untuk membelinya kan, jadi dengan adanya kemudahan gym di dalam kampus pelajar bolehlah gunakannya tanpa had dan tidak perlu bayar apa-apa.

Kalau bersenam di gimnasium luar kampus, mungkin pelajar kurang bersemangat kerana tiada kawan-kawan yang mendorong, tetapi dengan kewujudan gym dalam kampus ini, pelajar boleh mengajak kawan beramai-ramai untuk bersenam bersama, barulah ada semangat!

UPSI Ada Taman Pengembaraan Sendiri-UPSI Adventure Park!

Pernah dengar tak tentang adventure park dalam universiti? UPSI memang ada tempat yang menarik ni!

Siapa sangka bahawa UPSI adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai adventure park tersendiri, dan terletak di dalam kampus pula tu!

Memang beruntung pelajar-pelajar UPSI ni, tidak perlu keluar jauh-jauh dari kampus untuk ke taman pengembaraan.

Boleh pergi dengan kawan-kawan sekelas mesti seronok kan! Kalau anda seorang yang minat dengan sukan-sukan lasak, di sinilah tempat yang paling seronok untuk anda uji kekuatan fizikal.

Agak-agak boleh ka anda tempuh halangan-halangan di tempat ini?

Kena cuba dulu baru tahu!

Aktiviti-aktiviti di UPSI Adventure Park:

  • Wall climbing
  • Abseiling
  • Flying fox
  • Lari berhalangan ala tentera
  • Nature walk
  • Night walk
  • Campfire

Pakej UPSI Adventure Park

Sebenarnya, ada banyak lagi aktiviti berkumpulan yang boleh dilakukan di tempat ini.

Pusat Sukan UPSI ada sediakan beberapa pakej untuk kategori staff, pelajar UPSI, pelajar sekolah, kerajaan, agensi swasta dan awam, IPTS, IPTA, dan pelanggan luar negara.

Pakej yang mereka tawarkan pun mengikut hari yang ditetapkan, terpulang dari andalah, nak pilih pakej 1 atau 2 hari, 1 hari, 2 hari 1 malam, ataupun 3 hari 2 malam.

Kalau anda berminat, boleh lah rujuk pautan UPSI Adventure Park untuk anda lihat sendiri harga yang mereka tawarkan.

Seronok betul UPSI ni, beruntung pelajar mereka kan!

Aktiviti Berkayak di Tasik Marina UPSI

Anda suka sukan air? Di UPSI anda boleh berkayak! Mana lagi nak cari universiti yang boleh berkayak di dalam kampus, setiap petang boleh berkayak dan beriadah di tepi Tasik Marina dengan kawan-kawan selepas habis kelas.

Tasik Marina UPSI juga sering dijadikan tempat pilihan oleh universiti lain untuk mengadakan acara-acara pertandingan kayak.

Memang tidak akan bosan berada di UPSI ni, ada saja aktiviti menarik yang pelajar boleh lakukan setiap hari.

UPSI Adventure Park tawarkan pakej ATV!

Biar betul! UPSI pun ada produk baharu edu pelancongan tersendiri sebagai produk pelancongan pendidikan yang ditawarkan kepada semua pengunjung yang berminat denagn aktiviti lasak.

Aktiviti ATV memang seronok kerana anda boleh nikmati keindahan alam semula jadi sambil merempuh trek laluan yang lasak!

UPSI menjadi pemangkin kepada seluruh pelajarnya untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri melalui konsep ‘Earn and Learn’.

Ada golongan pelajar yang dilantik sebagai fasilitator untuk menguruskan pelancong dengan tujuan pelajar dapat ambil pengalaman sambil belajar dan yang paling penting boleh jana pendapatan sendiri!

Kadar pakej bagi ATV di UPSI ada banyak, harga pun sangat berpatutan! Anda boleh ke pautan Pakej ATV Adventure Park untuk butiran lanjut.

Demikianlah serba sedikit perkara yang paling menarik dan ‘rare’ tentang UPSI. Menarik atau tak menarik?

Anda boleh nilai sendiri.

Baca dari artikel sahaja pun boleh rasa keterujaannya, bagaimana pula kalau merasai pengalaman sendiri berada di UPSI kan!

Siapa sangka UPSI memiliki banyak perkara-perkara menarik yang mungkin orang ramai tidak tahu. UPSI sememangnya bukan universiti pendidikan yang biasa-biasa, jadi tidak hairanlah kalau ia tersenarai sebagai salah satu universiti yang paling top di Malaysia!