Pendidikan Awal Kanak-Kanak Untuk Gen Z

Generasi Z adalah generasi individu yang lahir selepas tahun 1996 (atau antara tahun 1995 dan 2012), yang akan segera mengatasi Millennials sebagai generasi yang paling ramai penduduk di bumi.

Pada tahun 2019, Gen Z mengatasi Millennials dengan terdiri daripada 32% daripada penduduk global seramai 7.7 bilion, dan 48% Gen Z mengenal pasti sebagai pelbagai kaum atau etnik.

READ: Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak UiTM

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Generasi Z

Mereka adalah generasi pertama orang asli digital yang lahir selepas Millennials generasi Z yang dilahirkan terus ke dunia dengan internet, rangkaian sosial, dan sistem mudah alih, mendedahkan mereka kepada dunia kesambungan digital pada awalnya.

Sebahagian daripada Generasi Z mungkin menggangap digital dan teknolgi masa kini bermakna kepada mereka.

Salah satu sorotan terbesar adalah peranan kesambungan digital dan platform dalam talian dalam kehidupan untuk Gen Z.

Menurut McKinsey, yang berasal dari digital telah mencipta generasi hiperkognitif yang selesa dengan kekal dalam talian dan berhubung, menerima banyak sumber maklumat dan mengintegrasikan pengalaman maya dan luar talian.

Menurut kajian kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa 1 Jun yang lepas juga mendapati Generasi Z lebih cenderung untuk tidak menggunakan e-mel sebagai alat komunikasi (29 %) kerana mereka lebih suka kaedah komunikasi yang lebih tidak formal di platform seperti YouTube, Instagram dan Facebook.

Ibu bapa selaku orang yang melahirkan dan membesarkan mereka seharusnya memainkan peranan penting untuk memberi didikan awal kepada kanak-kanak.

Generasi Z lebih optimis terhadap sesuatu perkara dan sangat pantas, cekap dan mahir menggunakan teknologi peralatan canggih serta tidak terpegun dengan kecanggihan internet seperti generasi terdahulu kerana mereka lahir selepas internet wujud dengan peralatan teknologi yang hebat.

Selain itu, guru-guru juga pantas dalam mendidik generasi Z ini supaya mereka menjadi bijaksana.

Mereka juga mesti diterapkan dengan iman yang kukuh supaya akidah dan landasan mereka tidak terpesong.

Oleh kerana generasi Z ini adalah generasi yang kurang bersabar, semua kehendak mesti dituruti jadi ibu bapa dan guru harus bijak mengimbangkan keperluan mereka.

Golongan ini mempunyai pendapat dan prinsip yang nyata tetapi kurang menerima cadangan dan pendapat tanpa alasan yang kukuh dan fakta konkrit.

Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh terlalu lambat bertindak terhadap kehendak mereka dan setiap penolakan terhadap permintaan mereka perlu disertakan dengan hujah yang kukuh dan alasan yang munasabah.

Selain itu, ibu bapa harus menghadkan penggunaan telepon pintar supaya mereka tidak lalai dan leka dengan dunia gajet.

Ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk mengimbangkan mereka dengan aktiviti sosial dan fizikal.

Banyak cabaran yang perlu ibu bapa dan guru hadapi untuk mendidik generasi Z ini.

Dunia tanpa sempadan adalah cabaran yang besar buat mereka, gajet itu umpama pisau menjadi aset berguna atau sebaliknya mungkin membawa keburukan jika tidak mencegahnya dari awal.

Ibu bapa dan guru yang bertanggungjawab mendidik mereka tidak mudah untuk menggalas tugas yang besar tersebut.

Kita sekarang sudah berada di fasa Endemik yang bermaksud penyakit yang sentiasa terdapat disekeliling orang dan kawasan tertentu.

Itu bermakna kita akan hidup bersama Covid-19.

Tuntasnya, cara mendidik generasi Z tidak sama seperti mendidik generasi sebelumnya.

Jika ingin menasihati generasi sebelum ini dilakukan dengan cara bersemuka dan berkumpul, mungkin cara ini tidak lagi efektif untuk diguna pakai pada generasi Z kerana mereka bukan pendengar yang baik serta tidak suka berkumpul secara fizikal.

Nasihat yang lebih berkesan untuk generasi ini adalah melalui berkomunikasi di media sosial.

Layan mereka dengan lembut dan sabar kerana mereka bukan generasi yang boleh dirotan dan dimarahi.

Mendidik mereka perlu kata-kata lembut yang boleh mempengaruhi jiwa.

Pengetahuan generasi ini sangat luas kerana mereka golongan celik IT.

Ibu bapa dan guru juga perlu lebih luas pengetahuan dalam apa jua bidang terutama bidang IT.

Jika tidak, generasi ini tidak akan hormat terhadap guru dan ibu bapa.

Oleh kerana mereka gemar beraktiviti, perlu wujudkan pelbagai aktiviti untuk mereka terutamanya aktiviti berbentuk maya serta berikan kerjasama.

Kesimpulannya, suka atau tidak, inilah perubahan zaman. Generasi ini akan menjadi pemimpin yang penuh dengan cabaran teknologi dan digital.

Oleh itu, generasi ini perlu dididik dengan cara berbeza dan agak unik.

Jika generasi Z dibentuk dengan acuan betul, mereka boleh mencapai kejayaan lebih cemerlang daripada generasi terdahulu serta dapat membangun negara dengan pesat.