Syarat Kemasukan UPM Lepasan SPM & STPM Untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Adakah anda merupakan pelajar lepasan STPM? Berminat untuk menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM)?

UPM merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi awam serta universiti penyelidikan yang terkenal di Malaysia dan di luar negara.

Universiti ini telahpun menawarkan pelbagai jenis jurusan pengajian dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada para pelajar.

Kali ini kita nak cerita sikit mengenai syarat kelayakan program Ijazah Sarjana Muda di UPM bagi para pelajar lepasan STPM.

Pastinya info ini amat berguna untuk para pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk sambung pengajian ke UPM.

READ: UPM Pre-U In Agriculture Programmes 

Syarat kelayakan kemasukan ke UPM untuk pelajar lepasan SPM & STPM

Syarat Kelayakan Am Universiti

Berikut merupakan syarat kelayakan am yang ditetapkan oleh pihak UPM bagi permohonan pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi calon lepasan STPM.

Para pelajar perlu memenuhi segala kelayakan di bawah ini bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

  • Para pelajar perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh minima kepujian dalam subjek bahasa Melayu serta lulus dalam mata pelajaran Sejarah. Minima kelulusan kepujian (Gred C) turut diambil kira bagi SPM kertas Julai.
  • Pelajar perlu memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mendapat minima PNGK 2.0 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam 3 subjek termasuk Pengajian Am.
  • Calon perlu memperoleh minima Band 1.0 dalam ujian MUET (Malaysia University English Test) mengikut tempoh laku yang sah pada tarikh permohonan.

Senarai Jurusan Ditawarkan

Terdapat pelbagai jenis jurusan bertaraf dunia ditawarkan oleh UPM bagi para pelajar yang menuntut pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Berikut merupakan antara contoh jurusan yang boleh dimohon oleh pelajar lepasan STPM.

  • Sains Pertanian
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Sains dan Teknologi Makanan
  • Sastera dan Linguistik
  • Sains Kimia
  • Sains Bioperubatan
  • Sains Komputer

Syarat Khas Program

Terdapat beberapa syarat tambahan khusus bagi program pengajian dipilih yang perlu dipenuhi oleh para pelajar.

Berikut merupakan senarai syarat khas bagi beberapa program pengajian yang ditawarkan di UPM.

Program Sains Pertanian

  • Pelajar perlu mendapat minima Gred C (NGMP 2.00) dalam subjek Biologi serta salah satu subjek lain (Kimia/ Fizik/ Matematik) di peringkat STPM.
  • Pelajar memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek bahasa Melayu, Matematik Tambahan/ Matematik, salah satu subjek Sains (Biologi/ Kimia/Fizik/Pertanian) dan dua lagi subjek lain di peringkat SPM.
  • Calon perlu memperoleh minima Band 2.0 dalam ujian MUET.
  • Calon perlu lulus temu duga ditetapkan.

Program Perakaunan

  • Calon perlu memperoleh minima Gred C+ (NGMP 2.33) dalam salah satu mata pelajaran (Matematik/ Ekonomi/ Perakaunan/ Geografi/ Pengajian Perniagaan) di peringkat STPM.
  • Calon perlu mendapat minima Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik di peringkat STPM.
  • Calon perlu mencapai Band 2.0 sekurang-kurangnya dalam ujian MUET.

Program Kejuruteraan Mekanikal

  • Calon perlu memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.80 serta Gred B (NGMP 3.00) dalam mata perlajaran Matematik dan Fizik di peringkat STPM.
  • Calon harus mendapat Band 3.0 dalam ujian MUET.
  • Calon tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal yang menyukarkan kerja amali.

Program Sains dan Teknologi Makanan

  • Calon perlu memperoleh minima Gred C+ (NGMP 2.33) dalam subjek Kimia di peringkat STPM.
  • Calon mendapat minima Band 3.0 dalam ujian MUET.

Program Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu

  • Calon perlu memperoleh minima Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat STPM.
  • Calon harus mendapat minima Band 2.0 dalam ujian MUET.

Program Sains Biologi

  • Calon perlu memperoleh minima PNGK 2.75 di peringkat STPM.
  • Calon perlu memperoleh minima Gred B- (NGMP 2.67) dalam subjek Biologi, Gred C+ (NGMP 2.33) dalam subjek Kimia/ Fizik, serta minima Gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik di peringkat STPM.
  • Calon harus mendapat minima Band 2.0 dalam ujian MUET.

Program Sains Bioperubatan

  • Calon perlu memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.00 serta Gred B (NGMP 3.00) dalam mata perlajaran Biologi dan Kimia di peringkat STPM.
  • Calon perlu mendapat minima gred C+ subjek Biologi, Kimia dan Matematik/ Matematik Tambahan di peringkat SPM.
  • Calon perlu mendapat Band 3.0 dalam ujian MUET.

Program Sains Komputer

  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mata perlajaran Matematik di peringkat STPM.
  • Calon perlu mendapat minima gred C subjek Matematik Tambahan di peringkat SPM.
  • Calon perlu mendapat Band 2.0 dalam ujian MUET.

Cara Permohonan

Permohonan bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda UPM, boleh dilakukan melalui Portal Rasmi UPU Online secara atas talian menggunakan pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ .

Para calon dinasihatkan agar sentiasa menyemak portal UPU untuk mengetahui tarikh pembukaan permohonan bagi kemasukan universiti.

Di samping itu, calon perlu memastikan borang permohonan dalam portal UPU diisikan dengan segala maklumat tepat.

Setelah siap, para calon boleh menekan butang “Sah dan Hantar”. Kemudian, calon boleh menyimpan borang permohonan sama ada dengan mencetak atau simpan dalam bentuk pdf sebagai bukti permohonan.

Bagi semakan keputusan UPU, anda turut boleh menyemak menggunakan portal UPU yang sama.

Calon yang berjaya diterima ke UPM akan dimaklumkan dalam portal UPU.

Maklumat Perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk pada maklumat perhubungan di bawah ini.
No. Tel: 03 – 97696059
Emel: akd@upm.edu.my
Laman web: Alamat: Bahagian Kemasukan, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia 43400 Upm Serdang, Selangor
Laman web: Kemasukan Universiti Putra Malaysia (upm.edu.my)

Semoga sedikit informasi mengenai syarat kemasukan ke UPM lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat. Siapa yang tidak berminat untuk masuk ke universiti terbaik di Malaysia nie kan. Kepada yang memohon ke UPM kami ucapkan All The Best!