Kelebihan Masuk Pengajian Di Tingkatan 6 Untuk Pelajar Lepasan SPM

Tingkatan 6 adalah sesuatu yang asing bagi pelajar yang baru sahaja selesai mengambil keputusan SPM.

Timbul keraguan tentang sistem pembelajaran tingkatan 6 dan pandangan masyarakat terhadap pelajar yang mengikuti pelajaran tingkatan 6.

Namun demikian, ramai yang masih belum tahu tentang kelebihan masuk Tingkatan 6.

Sejak kebelangkangan ini kerajaan banyak memperbaiki dan menaik taraf sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang berada pada tahap yang membanggakan sekarang.

READ: Kementerian Pendidikan Akan Menjadikan Tingkatan 6 Lebih Menarik

Senarai kelebihan masuk ke Tingkatan 6 untuk pelajar lepasan SPM

Antara kelebihan memasuki pengajian di tingkatan 6 adalah:-

  1. Peluang Ke IPT Lebih Mudah

Jika melalui di tingkatan 6 adalah lebih mudah menyambung pengajian ke IPT berbanding laluan-laluan lain.

Selain itu juga, Laluan STPM ini juga merupakan antara laluan “Express Way” untuk perolehi degree selepas laluan Matrikulasi PST (Program 1 Tahun) dan Asasi (1 tahun).

Untuk pengetahuan anda, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti.

Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang berminat untuk ke tingkatan 6 maka peluang tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian degree walaupun memperolehi keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana.

Hal ini terjadi kerana, persaingan merebut tempat sesama lepasan STPM rendah berbanding lepasan lain kerana seperti mana yang kami katakan, tidak ramai yang memohon ke tingkatan 6.

Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain.

2. Bantuan Biasiswa

Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, mereka akan ditawarkan biasiswa pelajaran dengan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 ke atas sudah dikira Dekan STPM.

Pelajar yang layak akan menerima biasiswa yang diberikan oleh Pihak Kerajaan, swasta, dan Pusat zakat.

Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian.

READ: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Di Malaysia

3. Tempoh Masa Yang Singkat

Tempoh untuk belajar di Tingkatan 6 hanyalah 1 tahun ½ tahun sahaja berbanding dengan belajar di peringkat diploma yang mengambil masa 3 tahun.

Pelajar sekarang mengambil berat tentang tempoh belajar.

Tempoh masa yang singkat memberi mereka lebih banyak peluang untuk merancang masa depan dengan lebih baik.

Selain itu, pelajar juga berfikir tentang peluang pekerjaan menyelesaikan tanggungjawab belajar dengan cepat memberi peluang kerjaya yang lebih baik kepada mereka.

4. Kerja Tugasan

Sistem tugasan sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mendapat gred yang cemerlang.

Pelajar akan diberikan tugasan dan masa yang secukupnya untuk melaksanakan tugasan serta bimbingan daripada guru memduahkan pelajar dapat capai gred yang terbaik.

Oleh itu, keputusan mereka akan lebih cemerlang dan masa depan mereka akan lebih cerah untuk masa akan datang.

Kerja kursus yang diberikan akan sangat membantu pelajar apabila memasuki alam universiti nanti, kerana di tingkatan 6 mereka telah didedahkan dengan cara sebenar membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah di university nanti.

Nisbah bilangan guru dengan murid di tingkatan 6 yang sedikit juga membantu pembelajaran mereka.

Guru mampu menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan proses pengajaran semasa interkasi di dalam kelas akan menyumbang kepada kejayaan mereka.

Hasilnya, pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan.

Mudahnya, semua pelajar diberi perhatian dan bimbingan sebelum berlaku keciciran.

5. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

Kelebihan ini juga menjadi daya penarik kepada pelajar untuk menuntut ilmu dan menyambung pelajaran di Tingkatan 6.

Jika dibandingkan dengan program pra ijazah yang lain, kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa proses interaksi.

Pelajar mudah memahami dan dapat menuntut ilmu dengan selesa dan mudah.

6. Tambahan Maklumat

Antara tambahan maklumat yang boleh juga diambil kira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa hadir ke kelas.

Selain itu juga, Disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa yang berada di sekolah.

Maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar yang lain.

Walau apa pun jua, laluan yang dipilih,berusahalah untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Semoga sedikit info mengenai kelebihan memilih masuk ke Tingkatan 6 ini boleh membantu anda sedikit sebanyak membuat keputusan. Keputusan anda hari ini akan mempengaruhi masa depan anda pada masa akan datang.