Peluang Pekerjaan Diploma Muzik Untuk Graduan Ambil Bidang Ini

Berminat menceburi bidang muzik dan ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan muzik? Mengapa tidak bermula dengan melanjutkan pengajian di peringkat diplama Muzik.

Diploma Muzik kini ditawarkan di pelbagai universiti di Malaysia serta menjadi salah satu jurusan popular dalam kalangan golongan generasi muda.

READ: Peluang Kerjaya Graduan Diploma Pengurusan Pejabat

Peluang pekerjaan dan syarat kelayakan Diploma muzik

Kali ini kita nak share sedikit informasi mengenai syarat kelayakan diploma muzik, universiti menawarkan jurusan tersebut dan lain-lain lagi.

IPT Yang Menawarkan Program Ini

Diploma Muzik kini telah ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Diploma ini ditawarkan bagi 2 hingga 3 tahun bergantung pada jenis universiti dipilih.

Berikut merupakan antara institusi yang menawarkan bidang kursus ini bagi para pelajar yang berminat.

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM )
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan)
  • UOW Malaysia KDU
  • UCSI University Malaysia
  • Sunway University
  • Management& Science University (MSU)

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi oleh para pelajar, bagi melayakkan diri melanjutkan pengajian di peringkat diplama Muzik.

Syarat kelayakan ini berlainan bergantung pada jenis institut dipilih.

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi beberapa IPT terkenal dalam kalangan pelajar bagi jurusan Muzik.

University Teknologi MARA (UiTM)

  • Calon merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon perlu lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan memperoleh minima kepujian (Gred C) dalam 5 mata pelajaran termasuk bahasa Melayu serta lulus dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
  • Calon turut perlu melepasi dan lulus dalam ujian temuduga yang diadakan oleh pihak Fakulti Muzik UiTM.

UPSI

  • Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit atau kepujian dalam mata pelajaran bahasa Mealyu serta lulus dalam Sejarah.
  • Calon yang terpilih perlu lulus dalam ujian temuduga yang diadakan oleh pihak universiti.

ASWARA

  • Calon wajib merupakan warganegara Malaysia dan penduduk tetap.
  • Calon wajib lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh kepujian dalam 3 subjek termasuk bahasa Melayu dan Sejarah; atau
  • Bagi calon yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (VKM), anda perlu melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
  • Calon perlu lulus di peringkat O-Level dengan memperoleh minima Gred C dalam 3 subjek; atau
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan serta lulus peperiksaan SPM dengan mendapat minima kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan serta lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh minima 1 kepujian.

Peluang Pekerjaan Atau Kerjaya Masa Depan

Para pelajar yang telah menamatkan pengajian diploma Muzik boleh memilih sama ada untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ataupun berkeja terus dalam bidang Muzik.

Berikut merupakan beberapa contoh peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh para graduan lepasan diploma Muzik.

Komposer

Komposer berfungsi untuk mencipta dan menghasilkan muzik baharu untuk artis, filem, televisyen serta permainan video.

Biasanya komposer muzik perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai teori muzik, mencipta serta menyusun komposisi muzik, dan bermain instrumen muzik.

Jurutera Bunyi

Jurutera Bunyi berfungsi mengendalikan audio analog, mikrofon, teknologi rakam muzik serta mengawal sebarang masalah teknikal ketika proses rakaman muzik.

Ahli Muzik Gred B29

Para graduan turut boleh memohon kerja kerajaan dalam bidang muzik, dengan memohon menjadi ahli muzik gred B29.

Ahli muzik bertanggungjawab kepada pihak Pengarah Muzik RTM dalam penggubahan lagu, mengendalikan anggota kombo RTM, menyemak skor-skor muzik, bermain alat-alat muzik serta bantu memimpin orkestra dalam pentadbiran.

Selain itu banyak lagi peluang lain seperti menjadi guru muzik di pusat-pusat latihan muzik yang semakin banyak sekarang ini.

Sudah tentu peluang banyak sebab semua orang suka dengar muzik betul tak? Siapa yang tidak, muzik ini sajian telinga kita.

Nah… kepada adik-adik yang bercadang dan berminat dalam bidang nie, apa tunggu lagi.

Anda boleh sambung pengajian dalam bidang ini di IPT yang terdekat dengan anda, jika reziki anda, boleh juga memohon ke UiTM jika layak.

Kepada adik-adik yang ambil bidang nie, kami ucapkan all the best untuk anda.