Kerjaya Diploma Teknologi Makanan Untuk Graduan

Kini, sektor industri makanan semakin berkembang dan menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Permintaan tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam industri ini semakin meningkat.

Oleh sebab itu, bagi memenuhi permintaan ini, kerajaan Malaysia telah pun membangunkan kursus Diploma Teknologi Makanan di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi yang boleh menyumbang dalam sektor industri makanan di Malaysia.

READ: Kerjaya Graduan Diploma Kesihatan Persekitaran

Kerjaya dan syarat kelayakan DIploma Teknologi Makanan

Antara bidang yang akan difokuskan dalam struktur peganjian diploma teknologi makanan ialah sains makanan, kawalan kualiti makanan, mikrobiologi makanan, pemprosesan makanan, analisis makanan dan lain-lain lagi.

Kali ini akan cerita sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan diploma dan peluang pekerjaan ditawarkan kepada graduan selepas menamatkan pengajian.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh para pelajar sebelum melanjutkan pengajian dalam diploma Teknologi Makanan.

Syarat kelayakan kemasukan ini taklah susah sangat, antaranya ialah;

  • Calon merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Calon lepasan SPM perlu lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat tiga kepujian (gred C) minima dalam mana-mana mata pelajaran lain.
  • Calon perlu sihat dan tidak mempunyai sebarang kecacatan dari segi penglihatan, pendengaran, fizikal atau pembejalaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi pelajar yang memiliki kelulusan lain selain SPM.

  • Calon merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon perlu lulus peringkat Sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
  • Calon perlu lulus dalam peperiksaan SPM dengan mendapat minima satu kepujian dalam mana-mana subjek.
  • Bagi calon lulusan APEL, pastikan anda mendapat APEL Tahap 4 (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA bagi menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
  • Calon lepasan APEL perlu mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Kursus ini ada ditawarkan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah serta Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail selama 6 semester.

Selain itu UiTM juga ada menawarkan kursus ini untuk pelajar. Anda bolehlah cuma memohon jika layak ke politeknik atau UiTM.

Peluang Pekerjaan

Soal peluang kerja ini agak penting. Siapa nak ambil kursus jika tak ada peluang pekerjaan selepas tamat pengajian betul tak?

Para graduan boleh memilih sama ada untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi (Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana), ataupun terus bekerja dalam industri makanan, syarikat bioteknologi, pusat-pusat penyelidikan dan sektor kerajaan seperti MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Malaysia, MARDI dan Jabatan Alam Sekitar.

Selain itu, para graduan turut boleh memilih untuk bekerja di bawah sektor swasta di organisasi seperti Nestle Malaysia, Cargill, dan Tyson Foods.

Berikut merupakan adalah antara pekerjaan yang boleh diceburi setelah menamatkan pengajian dalam bidang ini.

A. Pembantu Mikrobiologi

Membantu dalam menguruskan ujian diagnostik rutin, ujian molekular serta pembangunan teknik ujian terkini dalam industri makanan.

Pembantu mikrobiologi turut membantu dalam menjalanakan ujikaji kehadiran mikroorganisma, pengurusan makmal mikrobiologi, ujilari alatan makmal, dan validasi keputusan ujian makmal.

B. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Membantu pegawai penyelidik gred Q3 untuk merancang projek penyelidikan, mengumpul, merekod dan menganalisis data-data projek serta menyediakan peralatan projek penyedikan.

C. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29

Bertanggungjawab dalam menjalankan ujian dan analisis kimia dan mikrobiologi menggunakan sampel makanan, menyediakan bahan-bahan kimia dan peralatan.

Penolong Pegawai Teknologi Makanan turut menyediakan laporan-laporan analisis kajian makmal.

D. Penyelia Jaminan Kualiti Makanan

Menyelia dan memeriksa persampelan & ujian bahan masuk dan penyediaan perisa untuk pengeluaran hasil bahan makanan.

Mereka turut bertanggungjawab untuk menjalankan ujian mikrobiologi untuk produk siap dan ujian swab untuk kebersihan diri.

Selain itu, mereka turut bertanggungjawab mengemaskini spesifikasi bahan mentah, surat jaminan dan pembekal borang Sijil Halal.

E. Eksekutif Pengeluaran

Bertanggungjawa dalam memastikan kualiti dan produk makanan dihasilkan mengikut proses dan prosedur kualiti syarikat yang ditetapkan.

Nak ambil kursus ini, ada 2 IPT yang menawarkan kursus pengajian peringkat diploma dalam bidang ini.

Kalau berminat ini laman web serta maklumat perhubungan bagi politeknik menawarkan kursus ini. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi nombor diberikan.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
Nombor telefon: 09-5655343
Laman web: http://www.polisas.edu.my

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Nombor telefon: 06-9742288
Laman web: http://www.ptsn.edu.my/

Kursus ini memang baik dan diminati ramai. Cuma mungkin belum ramai pelajar didedahkan dengan kelebihan kursus ini seperti mana kursus bidang lain.

Kepada adik-adik yang nak ambil kursus ini kami ucapkan semoga berjaya!