Dasar & Kriteria SPM Untuk Permohonan UPUOnline

Permohonan UPU online dasar dan kriteria untuk pelajar lepasan SPM. Ini berdasarkan hebahan yang dibuat oleh MOHE.

Rasanya ini penting kepada para lepasan SPM yang akan memohon penempatan ke IPTA melalui permohonan di UPU online.

Sebelum memohon wajib fahamkan perkara dalam senarai ini sedalam-dalamnya dan sefaham-fahamnya.

Jangan main hentam isi online nanti usaha anda sia-sia.

Sebelum itu baca post kami terdahulu mengenai tips pemilihan program

1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM.
2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.
3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon.
4. Gred mata pelajaran untuk tujuan Pengiraan Markah Akademik.
5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA & ILKA.
6. Lulus temu duga dan/atau ujian (jika berkenaan).
7. Pilih program pengajian mengikut keutamaan.
8. Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA & ILKA.

Jika belum faham juga rujuk gambar di bawah atau berhubung terus dengan pihak UPU.

 Dasar dan kriteria permohonan UPU untuk pelajar lepasan SPM

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Rujuk media sosial rasmi berikut untuk maklumat lanjut:

????TikTok: @bkpaupu
????Facebook: kemasukan bkpa jpt
????Telegram: UPUONLINE CHANNEL
????Instagram: @kemasukanbkpa
????YouTube: bkpaUPU

Semoga semua proses permohonan anda berjalan lancar. All the best!