Permohonan Program Asasi TVET Online

Permohonan kemasukan ke program Asasi TVET kini buka lagi tahun ini. Pelajar yang layak dan berminat boleh memohon sebelum tarikh tutup.

Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan SPM atau yang setaraf.

Permohonan ke program Asasi TVET kemahiran secara online

Program ini biasanya akan berjalan selama setahun di politeknik yang ditetapkan.

  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
  • Politeknik Merlimau
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Ungku Omar

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian boleh memohon kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan di universiti terpilih seperti dalam senarai di bawah

  • Universiti Malaysia Perlis
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Universiti Malaysia Pahang

Permohonan boleh dibuat secara online di portal yang disediakan oleh UPU.

Pendaftaran Program Asasi TVET Online https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Jika anda perlukan maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan pegawai MOHE yang menguruskan kemasukan program Asasi TVET ini.

Gunakan maklumat perhubungan di bawah

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
???? 019 8683738 (whatsapp sahaja)
☎ 0388883837 / 0388919341 / 0388919117
✉ jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Jangan lepaskan peluang ini. Sekarang ini trend para majikan ialah mengambil tenaga kerja terlatih dalam bidang kemahiran.

Kepada pelajar yang memohon All The Best!