Peluang Kerjaya Graduan Diploma Perhubungan Awam Anda Wajib Tahu!

Soalan asas selalu ditanya ialah “Perhubungan awam ni macam mana?” atau adakah kita berkomunikasi dengan orang awam?

Ya.. memang benar, itulah realitinya.

Sebenarnya, ia memang memerlukan kita berkomunikasi dengan orang awam tetapi perhubungan awam nie lebih kepada pengurusan yang sistematik, terancang, dan berterusan untuk kita menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesebuah organisasi dengan masyarakat.

READ: Peluang Pekerjaan Graduan Diploma Pengiklanan Di Malaysia

Peluang kerjaya graduan Diploma Perhubungan Awam

Nak berhubung dengan orang awam ataupun suatu oragnisasi, mestilah kena ada personaliti yang baik, gaya bahasa, kemahiran penulisan media, dan yang paling penting boleh menghadapi pelbagai situasi dan kesukaran ketika melakukan perhubungan awam.

Jadi, untuk ada semua kebolehan ni, mengambil diploma dalam perhubungan awam adalah bidang yang paling sesuai untuk diambil.

Apa Yang Akan Dipelajari Dalam Program Diploma Perhubungan Awam?

Memang banyak dan menarik. Mari lihat sedikit mengenainya.

  1. Pendedahan konsep dan prinsip perhubungan awam

Masa awal-awal semester nanti, anda akan bermula untuk mempelajari apa itu perhubugan awam melalui pembelajaran teori.

Antara perkara asas yang akan pelajari adalah tentang tingkah laku, psikologi, etika, ekonomi, dan politik.

2. Pendedahan tentang perhubungan media dan persekitaran media massa

Dalam perhubungan awam ni, ia banyak melibatkan kepada komunikasi pemasaran dan pengiklanan.

Dah nama pun perhubungan awam kan, kenalah pakar dalam berkomunikasi untuk mempengaruhi pendengar dan penonton.

Jadi anda akan tahu tentang bagaimana strategi dan taktik media massa supaya penyampaian anda lebih berkesan.

3. Mengasah kebolehan dalam teknik pengucapan dan kemahiran penulisan

Semasa diploma nanti, anda akan belajar menghadapi situasi sebenar dan mengambil maklumbalas bila berhadpan dengan orang awam ataupun masyarakat.

Bila dah biasakan diri awal-awal, nanti bila dah memasuki alam pekerjaan yang sebenar taklah kekok kan.

4. Mempelajari kemahiran pengurusan acara

Dalam perhubungan awam bukan terhadap terhadap komunikasi dan interaksi dengan orang awam sahaja tau, anda juga boleh terlibat dalam kepimpinan, peracangan, dan pengurusan acara.

Bila organisasi nak buat suatu pelancaran produk ataupun apa-apa acara, anda juga akan terlibat dalam menjayakan majlis tersebut agar lancar.

Syarat Kelayakan Diploma Pengurusan Awam

Ada tak adik-adik yang bercadang nak mengambil diploma perhubungan awam selepas tamat SPM?

Kalau ya, adik-adik bolehlah persiapkan diri untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan nak ambil diploma dalam bidang ni.

Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:

  1. Mempunyai sijil SPM atau setaraf.
  2. Keputusan SPM adik-adik mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  3. Jika adik-adik mengambil SPM pada tahun 2013 dan tahun ke atas, keputusan SPM adik-adik mestilah lulus Sejarah.
  4. Adik-adik akan banyak membuat kerja amali dalam bidang ukur bahan, jadi syaratnya adik-adik mestilah mempunyai fizikal yang sihat, penglihatan yang baik (tidak buta), dan pendengaran yang baik supaya tidak menjejaskan pembelajaran.

Prospek Kerjaya Diploma Perhubungan Awam

Bidang kerjaya dalam perhubungan awam ini sememangnya sangat banyak dan sangat luas ya adik-adik!

Dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang anda telah praktikkan semasa diploma, bolehlah adik-adik gunakan dalam alam pekerjaan pula.

Adik-adik bertuah tau kerana jika adik-adik berjaya dalam bidang diploma ini, adik-adik boleh menceburi pelbagai jenis industri pekerjaam tau!

Jadi adik-adik ada banyak pilihan pekerjaan dan tak bergantung dengan satu-satu indsutri sahaja.

Nak tahu industri apa dan kerja apa yang adik-adik boleh ceburi? Jawapannya adalah seperti berikut:

Industri Perhubungan Awam

  •  Industri Periklanan dan Pemasaran
  • Industri Kewangan dan Perbankan
  • Industri Perkhidmatan
  • Industri Media
  • Komunikasi Korporat
  • Sektor Kerajaan
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Pertubuhan Bukan Mencari Keuntungan

Peluang pekerjaan sebagai:

  • Pengurus Acara
  • Penulis Kreatif
  • Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
  • Pengurus / Koordinator Pemasaran
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pegawai Perhubungan Media
  • Pegawai Komunikasi Korporat
  • Pengurus Perhubungan Awam
  • Eksekutif Komunikasi Pemasaran

Haa! Nampak tak banyak kan peluang yang terbuka kepada anda.

Jadi tak perlu risaulah tentang nak dapat pekerjaan dalam lulusan diploma perhubungan awam ni.

Yang penting adik-adik belajar rajin-rajin dan dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran ketika belajar ya!

Di Malaysia banyak Universiti dan Kolej yang menawarkan Diploma dan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Awam.

Antaranya universiti dan kolej di bawah:

  1. TAR UMT – Tunku Abdul Rahman University Of Management and Technologi
  2. MSU – Management & Science University
  3. UUM – Universiti Utara Malaysia
  4. UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak
  5. UMS – Universiti Malaysia Sabah
  6. Taylor’s University
  7. Curtin Iniversity, Malaysia
  8. Han Chiang University College of Communication
  9. UTAR – Universiti Tunku Abdul Rahman

Inilah beberapa universiti dan kolej di Malaysia yang tawarkan diploma perhubungan awam. Kalau adik-adik berhasrat untuk menceburi bidang ni, bolehlah tengok-tengok pilihan institusi pendidikan yang sesuai untuk anda.

Bidang ini memang menarik dan peluang pekerjaan itu memang ada untuk graduan. Yang pentingnya ialah minat dalam bidang yang di ambil.

Untuk adik-adik yang ambil program ini kami ucapkan All the best!