Diploma Pengiklanan Menjana Idea, Kreativiti Dan Kerjaya Graduan

Diploma pengiklanan? Apa kelebihannya dan banyakkah peluang pekerjaan dalam bidang ni? Pasti anda mempunyai banyak persoalan tentang bidang ini.

Persoalan sebegitu adalah normal dan patut ditanya.

Kalau anda nak tahu, pengiklanan ini adalah suatu bidang komunikasi dan media yang semakin berkembang hari demi hari tau!

Subjek skop dalam bidang pengiklanan sangatlah luas dan boleh menjamin masa depan yang cerah.

READ: Peluang Pekerjaan Graduan Diploma Seni Reka Fesyen

Peluang pekerjaan dan syarat kelayakan diploma pengiklanan

Anda pun tahu kan, zaman sekarang ini kita hidup dalam dunia pengkomersialan yang mempengaruhi pengeluar, peniaga, pengguna bahkan ekonomi negara tau!

Jadi tidak hairanlah kalau pengiklanan ini mendapat permintaan yang besar dalam pasaran dan industri global.

Menarik kan! Diploma pengiklanan adalah cara terbaik untuk anda mengasah kemahiran dan menunjukkan kepada bakal majikan bahawa anda mempunyai pengetahuan dalam bidang pengiklanan dan etika kerja yang diperlukan

Di Mana Anda Akan Bekerja?

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pekerja dalam bidang pengiklanan bekerja bersama agensi-agensi pengiklanan dan masing-masing mempunyai pelanggan yang berbeza-beza dalam pelbagai industri.

Anda pun mesti biasa lihat kan iklan-iklan produk contohnya kereta, produk kecantikan, makanan, percutian, dan macam-macam lagilah jenis iklan.

Jadi kalau anda mengambil diploma pengiklanan, nanti anda tahulah bagaimana nak gunakan macam-macam jenis media pengiklanan ni seperti TV, papan iklan, surat khabar, majalah, radio, ataupun platform media sosial yang terkenal zaman sekarang ni pasti anda tahu kan.

Takkanlah tak tahu, setiap hari anda gunakan Instagram, Facebook, Tiktok, dan banyak lagi lah!

Syarat Kelayakan Kemasukan

Mesti ramai adik-adik di luar sana yang berminat dalam dunia pengiklanan kan?

Kalau adik-adik seorang yang kreatif dan bijak menarik perhatian ada bakat dalam melukis dan melakar pakaian yang kreatif serta pandai menjahit, bidang pengajian ini memang sangat sesuai untuk anda.

Untuk mengambil bidang diploma ini, ada beberapa syarat kelayakan yang adik-adik kena dapatkan.

Jadi sebelum adik-adik mengambil SPM, bolehlah buat persiapan diri untuk mencapai syarat-syarat kelayakan bidang ini ya!

  1. Pertama sekali, adik-adik mesti memiliki sijil SPM ataupun setaraf.
  2. Keputusan SPM adik-adik mestilah lulus dalam Bahasa Melayu.
  3. Jika adik-adik mengambil SPM bermula tahun 2013 dan ke atas, maka keputusan SPM adik-adik mestilah lulus subjek Sejarah.
  4. Keputusan SPM adik-adik juga mesti mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris.
  5. Bidang ini akan banyak melibatkan kerja-kerja amali, jadi syarat kelayakan bidang ini mestilah mempunyai pengelihatan yang baik iaitu tidak buta atau buta warna, boleh mendengar dan bertutur dengan sempurna, dan tidak cacat fizikal.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian sebenarnya bergantung terhadap di mana anda menyambung pengajian, jika anda menyambung pengajian di politeknik, tempoh pengajian adalah selama 4 semester.

Prospek Kerjaya Diploma Pengiklanan

Ada tak peluang pekerjaan untuk graduan?

Kepada adik-adik yang memiliki kreativiti yang tinggi, prospek kerjaya dalam bidang ini sangat sesuai untuk anda, banyak pilihan kerjaya yang boleh dipilih dan memang seronok bekerja dalam pengiklanan ni!

Setelah adik-adik menamatkan pengajian, pasti adik-adik sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengiklanan yang adik-adik boleh manfaatkan untuk mencari peluang pekerjaan.

Pengetahuan dan kemahiran yang adik-adik miliki nanti akan membolehkan adik-adik untuk mengambil bahagian dalam bidang pengiklanan sebagai:

  • Pereka pengiklanan
  • Artis DTP (Desktop Publishing)
  • Artis Grafik
  • Penolong Pereka Grafik
  • Penolong Kumpulan Kreatif
  • Penolong Juruvideo / Jurufoto
  • Penolong Penyunting Video / Audio
  • Illustrator
  • Visualizer
  • Usahawan Multimedia Kreatif Pengiklanan

Banyak kan pilihan kerjaya adik-adik! Jika adik-adik seorang yang minat dalam bidang-bidang pengiklanan, mengambil diploma dalam bidang ini memang sangat sesuai untuk anda.

Politeknik yang Menawarkan Diploma Pengiklanan

  • Kolej Komuniti Paya Besar
  • Kolej Komuniti Kok Lanas
  • Kolej Komuniti Kulim
  • Kolej Komuniti Jasin

Selain politeknik, banyak juga kolej-kolej swasta yang menawarkan kursus ini dengan yuran yang berpatutan.

Jika anda memang minat bidang ini tunggu apa lagi, teruskan ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menjadi kerjaya masa depan anda.

Bidang pengiklanan adalah bidang yang mempunyai prospek kerjaya yang sangat luas.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian pun sangat berguna sehingga sepanjang hayat.

Kalau anda tidak ingin bekerja di bawah orang lain, anda boleh sahaja mengusahakan agensi pengiklanan anda sendiri dengan mengaplikasikan segala yang anda telah pelajari dan latihan amali yang pernah anda dijalankan sepanjang pengajian.

Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk menyambung pengajian diploma pengiklanan, teruskan dengan pilihan anda!