Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan UiTM Kedah

Senarai program dan bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Kedah. Senarai kursus pengajian ditawarkan di UiTM Merbok Kedah dan lokasi kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah sebagai panduan pelajar. Kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Kedah berserta syarat kelayakan dan kos pengajian ini boleh menjadi rujukan anda. Senarai program diploma dan degree di UiTM Merbok ini adalah yang terkini. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai senarai program UiTM mengikut kampus di Malaysia.
senarai program kursus UiTM Merbok Kedah

UiTM Cawangan Kedah

Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang sejarah penubuhan kampus UiTM cawangan Kedah untuk maklumat anda.

UiTM Kedah telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 1 October 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu. Operasi bermula sekitar bulan November 1997 dengan pelajar terawal seramai 162 orang dan 25 kakitangan pentadbiran. UiTM Kedah ditubuhkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berilmu pengetahuan dan mahir dalam pelbagai bidang untuk keperluan pembangunan negara khasnya di Kedah dan negeri-negeri di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Rancagan penubuhan UiTM Kedah ini mensasarkan jumlah pelajar seramai 7000 orang.

Kampus UiTM cawangan Sungai Petani Kedah ini terletak di atas tanah berkeluasan 350 ekar di Mukim Bujang lokasi di antara Semeling dan Merbok iaitu lebih kurang 14 kilometer dari bandar Sungai Petani.

Senarai Fakulti Dan Kursus Di UiTM Kedah


Berikut adalah senarai fakulti dan program kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Kedah. Dalam senarai ini UiTM yang terletak di Merbok Kedah ini memilik 6 fakulti yang menawarkan program kursus peringkat diploma dan degree (Ijazah) untuk pelajar.

Sila semak senarai di bawah:

Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Industri

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)

Fakulti sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)

Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan maklumat
Diploma Pengurusan Perpustakaan
Ijazah Sarjana Muda saina (Pengurusan maklumat & Perpustakaan)

Syarat Kelayakan Masuk Ke UiTM

Terdapat syarat-syarat yang terpaksa dipenuhi kepada pelajar yang berminat untuk memohon memasuki UiTM. Kami ada membuat perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan mengikut kategori sebelum ini iaitu syarat kemasukan lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Diploma dan lepasan Matrikulasi untuk rujukan dan panduan anda.

Sila baca syarat-syarat kelayakan kemasukan ke UiTM tersebut.

Cara Memohon Kemasukan Ke UiTM Cawangan Kedah

Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM cawangan Kedah anda boleh memohon secara online ke laman website rasmi yang dikendalikan sendiri oleh pihak UiTM. Cara untuk memohon senang sahaja.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan Kemasukan Ke UiTM Online

Alamat Dan Lokasi UiTM Merbok Kedah

Sila gunakan alamat di bawah untuk lokasi dan alamat UiTM Merbok jika anda perlu berhubung dengan pihak mereka. Anda juga boleh layari laman website rasmi mereka di bawah untuk maklumat lebih terperinci.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
08400 Merbok
Kedah
Website: https://kedah.uitm.edu.my/v1/

Semoga perkongsian mengenai senarai program bidang kursus yang ditawarkan UiTM Kedah ini bermanfaat kepada anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.