7 Pilihan Halatuju Selepas UPSR

Halatuju selepas UPSR. Apakah halatuju anda selepas UPSR? Atau apakah perancangan anda selepas peperiksaan UPSR? Persoalan ini adalah penting kerana selapas UPSR adalah masa anda bermula menentukan atau mencorak perjalanan pembelajaran anda ke arah mencapai cita-cita anda. Kedua-dua soalan yang mempunyai maksud yang sama ini sering ditanya dan bermain di benak ibubapa dan pelajar.

Ada pelajar yang merancak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), masuk sekolah menengah agama dan sebagainya. Apa pun rancangan anda, pastikan anda senang dan berpuas hati dengan pilihan anda tersebut.

pilihan halatuju selepas UPSR

Sebenarnya anda ada 7 pilihan utama yang anda boleh ambil selepas UPSR. Walaubagaimana pun ianya banyak bergantung kepada keputusan UPSR anda.

Itulah mengapa mencuba untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan UPSR itu amatlah penting kepada pelajar. Untuk membuat semakan keputusan UPSR anda sila klik sini Semakan Keputusan UPSR Online dan SMS.

Persoalan kemana hendak pergi dengan UPSR kita? Khas buat anak, anak saudara dan semua di bawah adalah 7 pilihan utama selepas UPSR.

7 Pilihan Utama Halatuju Selepas UPSR

Berikut ialah pilihan-pilihan yang pelajar boleh ambil selepas peperiksaan UPSR. 7 Pilihan halatuju ini tidaklah semestinya perlu diikut tetapi hanyalah gambaran dan panduan untuk anda rujuk dalam membuat pilihan.

1. Pelajar yang mempunyai keputusan UPSR yang cermerlang boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh Layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Anda juga boleh memohon untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
3. Maktab Tentera Diraja. Sila rujuk Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja untuk maklumat lanjut.
4. Sekolah Rancangan Khas ( sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR )
5. Sekolah Rancangan Khas Agama ( mesti mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR dan UPKK  sekolah agama )
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti SMKA Sharifah Rodziah & SMKA Sultan Muhammad ( 5A dalam UPSR dan cemerlang dalam UPKK sekolah agama )
7. Sekolah Menengah Harian Biasa

Jika anda tidak berjaya mendapat tempat di sekolah-sekolah terbaik, jangan risau belajarlah di sekolah harian biasa. Peluang untuk berjaya masih terbuka luas.

Anda masih boleh membuktikan kemampuan dan semangat untuk berjaya semasa peperiksaan PMR dan SPM nanti.

Kegagalan mendapat tempat ke SBP atau MRSM bukan bermakna hidup kita gelap dan tidak bermakna peluang untuk anda berjaya sudah berakhir. Peperiksaan UPSR hanya sebagai laluan untuk mendapat tempat belajar yang terbaik. Peperiksaan yang penting adalah PMR dan SPM.

Tempat belajar bukanlah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Walau di mana kita belajar, kita boleh berjaya dengan syarat kita rajin berusaha.


Ingin memohon biasiswa? Layari Senarai Biasiswa Lepasan UPSR di Malaysia

Semoga perkongsian mengenai halatuju pelajar selepas UPSR ini bermanfaat. Anda boleh kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.