Syarat Dan Kelayakan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Apakah syarat-syarat memohon jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)? Ini adalah soalan terpenting yang sering ditanya oleh calon-calon yang memohon jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Adalah penting untuk memenuhi syarat kelayakan asas atau minimum ini sebelum anda menghantar permohonan jawatan GSTT anda ke Pejabat Pendidikan di negeri masing-masing.

Jawatan GSTT ini sering kali juga dikenali sebagai guru ganti.

Syarat dan kelayakan permohonan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

READ ALSO: Khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Diteruskan

Untuk maklumat anda pemohon Guru Sandaran dan Guru Ganti Tidak Terlatih (GSTT) seharusnya memenuhi syarat-syarat berikut:

Terdapat 2 kategori utama iaitu

A. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk sekolah Rendah
B. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk sekolah menengah

GSTT Sekolah Rendah

Berikut ialah kelayakan minimum untuk jawatan GSTT Sekolah Rendah
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
b. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 30 tahun.
c. Sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran kredit dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Malaysia.

GSTT Sekolah Menengah

Berikut ialah kelayakan minimum untuk jawatan GSTT Sekolah Menengah
a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
b. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 30 tahun(Bukan Pemegang Ijazah).
c. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 35 tahun bagi Pemegang Ijazah.
d. Sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran kredit dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

Bagaimana untuk memohon?

borang permohonan jawatan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di Malaysia

Untuk membuat permohonan anda boleh download Borang Permohonan di Borang Permohonan GSTT Online

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar ke pejabat pendidikan negeri masing-masing untuk kelulusan.

Biasanya kelulusan akan dimaklumkan oleh PPD melalui surat.

READ ALSO: Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Sekiranya permohon tidak menerima apa-apa surat jawapan, maka permohonan dianggap tidak berjaya. Kelulusan permohonan dinilai dari segi syarat yang ditetapkan.

Kepada yang memohon jawatan GSTT kami mengucapkan selamat berjaya.