Syarat Kemasukan UiTM Lepasan Matrikulasi Rujukan Dan Panduan Pelajar

Syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi sebagai panduan pelajar. Pelajar-pelajar lepasan matrikulasi yang berhasrat untuk memohon menyambung pengajiaan ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mungkin memerlukan maklumat am ini untuk rujukan anda. Kali ini kami ingin berkongsi maklumat mengenai syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi.

Syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi

Sebenarnya pelajar lepasan matrikulasi juga layak untuk memohon memasuki UiTM untuk melanjutkan pengajian mereka. Untuk pelajar lepasan matrikulasi mereka juga perlu memilik syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi seperti di bawah untuk melayakkan anda memohon. Syarat kelayakan khusus adalah bergantung kepada jenis bidang pengajian yang anda hendak ambil.

Sila rujuk senarai syarat am kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi di bawah.

Syarat Kemasukan UiTM Lepasan Matrikulasi

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik.

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Syarat kemasukan ke UiTM

Daripada senarai syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi di atas kita boleh lihat bahawa pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia, mempunyai sijil SPM yang sah, kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (BM) di peringkat SPM dan lulus matrikulasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0. Jika anda memilik kelayakan  minimum ini anda boleh memohon untuk kemasukan ke UiTM.

Selain daripada syarat-syarat am yang tersenarai di atas, terdapat juga syarat-syarat khusus untuk bidang-bidang tertentu. Anda boleh merujuk laman webportal rasmi UiTM untuk maklumat syarat khusus mengikut kursus/program di UiTM.

Syarat kemasukan ke UiTM ini tidak semestinya sama seperti syarat kemasukan ke universiti awam yang lain di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan ke universiti awam untuk lepasan matrikulasi anda boleh rujuk terus dengan pihak universiti tersebut.

Setiap universiti awam memilik syarat-syarat kemasukan untuk lepasan matrikulasi mereka tersendiri dan juga bergantung kepada kursus apa yang anda hendak ambil.

Read also: Syarat Kemasukan UiTM Lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan UiTM lepasan matrikulasi ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk panduan mereka.