UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

UPU Pocket online mobile apps untuk lepasan SPM dan STPM cari kursus. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) telah membangunkan applikasi yang dikenali sebagai ‘Pocket Online‘ sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. UPU Pocket online ini boleh di download melalui UPU Pocket app store.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Walau bagaimanapun ‘Pocket Online’ ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, UPU pocket course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications,” she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. – Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi ‘UPU Pocket/Pocket Online’ ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app ‘Pocket Online’ ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Cara Download Dan Install UPU Pocket

Untuk download applikasi UPU Pocket ke mobile phone anda, anda boleh layar ‘Google Play’ di mobile phone anda dan type keyword ‘UPU Pocket’.

Selepas itu akan ada pilihan dalam senarai hasil carian Google Play. Anda boleh pilih dari senarai tersebut. Sila rujuk gambar di bawah.

Cari nama aplikasi ‘UPUPocket Government of Malaysia‘. Click sahaja link itu dan install ke dalam mobile phone anda.

Selepas anda install aplikasi tersebut anda bolehlah menggunakannya untuk apa-apa urusan dengan pihak UPU untuk sambung pengajian anda kelak.

Senarai Fungsi/Kemudahan UPU Pocket

Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat mengenai senarai fungsi atau kemudahan yang disediakan oleh UPU Pocket.

SENARAI MENU UPUPOCKET
Semakan Status UPU
Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
e-Panduan
e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Kalendar Akademik (Takwim)
Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
Aduan
Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
Alamat UA
Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
Hubungi BPKP
Pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online


Diharapkan perkongsian maklumat mengenai ‘UPU Pocket/Pocket online’ mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.