Biasiswa Telekom Malaysia Lepasan SPM – Future Leader Scholarship Awards

Biasiswa Telekom Malaysia Lepasan SPM – Future Leader kini kembali terbuka untuk pelajar Malaysia. Yayasan Telekom Malaysia setiap tahun tawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan SPM. Tahun ini biasiswa yang dinamakan ‘Future Leader’ ditawarkan untuk mereka yang minat dan layak. Jika anda mencari biasiswa untuk sambung pengajian anda, teruskan membaca.

Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI

Permohonan biasiswa Yayasan Telekom online

Sila baca maklumat terperinci Biasiswa Telekom Malaysia lepasan SPM melalui link di bawah sebelum memohon. Jika anda belum membacanya kemungkinan untuk anda melakukan kesilapan semasa memohon boleh berlaku dan menjejaskan peluang  mendapatkan biasiswa tersebut.

Biasiswa Telekom Malaysia lepasan SPM ini adalah biasiswa yang selalunya ditawarkan setiap tahun oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM). Ini untuk mencungkil pelajar-pelajar berpotensi dan berprestasi cemerlang untuk ditaja oleh Yayasan Telekom Malaysia dan seterusnya berkerja dengan Telekom Malaysia selepas tamat pengajian.

YTM Young Leader Scholarship
Focusing on recognized teens with excellent academic and co-curricular achievements in secondary schools for financial support and participation in various development programs.
Future Leaders​ Scholarship
Our signature full scholarship scheme for talented young leaders with excellent academic and co-curricular portfolio for tertiary education in high performing institution around the world​​​.

Jika anda rasa anda berminat dan layak, apa salahnya anda memohon biasiswa ini. Mungkin ini reziki anda untuk sambung pengajian. Kebaikan mendapat tajaan biasiswa Telekom Malaysia untuk lepasan SPM ialah kerana anda tidak perlu risau mencari pekerjaan selepas tamat pengajian. Telekom Malaysia akan tawarkan kerja untuk anda.

Sudah ramai pelajar yang telah mendapat manfaat dari tajaan biasiswa Telekom Malaysia lepasan SPM ini. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini adalah antara biasiswa paling popular di Malaysia selain biasiswa JPA, Biasiswa MARA, Biasiswa Shell dan Biasiswa Petronas.

Kepada anda yang berminat dan layak untuk memohon biasiswa Telekom Malaysia lepasan SPM ini anda boleh membuat permohonan melalui borang permohonan online biasiswa Yayasan Telekom Malaysia di laman portal rasmi Yayasan Telekom Malaysia. Pastikan anda telah membaca maklumat terperinci sebelum membuat permohonan online.

Semoga perkongsian maklumat mengenai biasiswa Telekom Malaysia lepasan SPM ini bermanfaat kepada anda.