Senarai Dokumen Untuk Pinjaman Pendidikan MARA

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman pendidikan MARA? Ramai yang gagal mendapat pinjaman pelajaran MARA kerena dokumen yang tidak lengkap. Untuk membantu anda, kami ada menyediakan senarai dokumen-dokumen penting untuk permohonan pinjaman pendidikan MARA sebagai panduan anda.

Permohonan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) disediakan hanya untuk pengajian di beberapa universiti dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Borang permohonan pinjaman MARA akan diberikan semasa hari pendaftaran atau anda juga boleh memohon secara online dan pemohon hendaklah mengemukakan beberapa salinan dokumen yang diperlukan berserta satu keping gambar bersaiz pasport yang dilekatkan bersama dengan borang permohonan pinjaman pendidikan MARA.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Antara salinan-salinan dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon ialah:
1) salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan pemohon
2) salinan kad pengenalan  ibu bapa atau penjaga
3) salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Poly-Tech Mara
4) salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
5) salinan sijil atau tanskrip kelulusan akademik setiap semester (bagi pemohon yang berada di peringkat Sijil,STPM,Pra-Diploma,Diploma)
6) salinan slip gaji,penyata pendapatan dan Borang J ibu bapa atau penjaga(disahkan oleh majikan)
7) penyata pencen dan pengesahan pendapatan ibu bapa atau penjaga (jika berkenaan)

Penyata pencen dan pengesahan pendapatan untuk ibu bapa atau penjamin yang bersara atau berkerja sendiri hendaklah disahkan oleh Penghulu,Ketua Kampung, wakil rakyat atau oleh  Jaksa Pendamai yang mempunyai cop rasmi jawatan sahaja. Untuk  ibu bapa yang tergolong dalam golongan rakyat termiskin dikecualikan dari kategori pendapatan dengan syarat status golongan rakyat termiskin mestilah tersenarai dalam senarai JPM/EPU dan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah.

Pemohon juga dikehendaki untuk menulis esei mengenai perihal peribadi,perancangan pengajian dan kerjaya  dan pemohon boleh merujuk kepada borang permohonan pinjaman MARA untuk rujukan bahasa yang perlu digunakan. Semua salinan dokumen pemohon hendaklah disahkan oleh pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan Pengurusan atau Profesional sahaja.

Diharapkan ini boleh membantu sedikit sebanyak mengenai permohonan pinjaman MARA untuk membiayai pendidikan anda. Semoga berjaya!